Solekan anti-badai bersama PIXY

1. Bersihkan wajah secara mendalam 

Dimusim panas ini, kulit kita cenderung menjadi lebih berminyak daripada biasa kerana pengeluaran minyak berlebihan boleh mengganggu kesihatan kulit. Oleh itu, untuk memastikan kulit anda kekal sihat, membersih dan melembapkan kulit secara rutin amatlah penting supaya solekan anda kekal sempurna dan tahan sepanjang hari.

Untuk beauties yang berkulit kering, elakkan mencuci muka menggunakan scrub atau exfoliator. Selepas membersihkan dengan pembersih, kekalkan kelembapan dengan pelembap yang kaya dengan bahan penghidratan.

Dapatkan siri PIXY Glowsseentials Light Radiance untuk mendapatkan kulit yang terhidrat dan glowing!

2. Kenali jenis kulit anda supaya tidak tersalah pilih produk

Gunakan produk kecantikan mengikut jenis kulit anda untuk menjadikan solekan tahan lebih lama dan wajah anda kelihatan segar sepanjang hari. Sebabnya, cuaca yang terlampau panas juga menyebabkan dehidrasi, kulit kering atau kusam.

Untuk kulit berminyak, gunakan pelembap dengan tekstur losyen ringan, gel yang berasaskan air. Manakala bagi kulit kering, pelembap bertekstur krim boleh digunakan untuk membantu meningkatkan kandungan air dalam kulit.

Untuk mendapatkan perlindungan sepanjang hari daripada sinaran UV yang terik dan pencemaran alam sekitar, anda mungkin ingin mencuba siri PIXY Glowssentials Pollution Off!

3. Kulit yang terhidrat berikan solekan yang tahan lama!

Solekan yang cepat luntur atau bercapuk adalah masalah yang sering beauties hadapi. Lebih-lebih lagi, apabila menggunakan produk solek dan penjagaan kulit tanpa mengikut jenis kulit anda. Jadi, adalah satu kemestian untuk ‘prep’ kulit anda sebelum menggunakan solekan.

Mencipta solekan anti-badai bukanlah mudah, terutamanya jika muka anda mudah berminyak dan berpeluh. Pemilihan produk dan teknik solekan sangat mempengaruhi hasil solekan anti-badai, jadi PIXY beauties mesti lebih berhati-hati jika anda mahu solekan anda tahan lebih lama.

a. Gunakan primer yang melitupi pori di kawasan yang mudah berpeluh supaya pengeluaran minyak yang berlebihan dapat dikawal.
b. Walaupun tidak tahan peluh, foundation kalis air lebih tahan lama berbanding yang lain. Sapukan secara nipis pada keseluruhan muka. ‘Blend’ segera dengan span atau berus.
c. Kalau ada parut jerawat, gunakan concealer terlebih dahulu. Biarkan selama 5 minit sebelum lapiskan dengan foundaation.
d. Seterusnya, gunakan produk bertekstur krim, seperti krim pemerah pipi atau kontur krim dan ‘blend’ secara sekata.

4. Tetapkan solek anda

a. Selepas produk diserap, semburkan setting spray untuk mengunci solekan agar tahan lebih lama.
b. Selepas setting spray menyerap, gunakan teknik ‘baking’ dengan loose powder di kawasan yang mudah berpeluh. Biarkan selama 1-2 minit dan ‘blend’ lebih bedak asas yang untuk lebih sekata.
c. Gunakan produk solekan mata dan pipi bertekstur serbuk, seperti pembayang mata, pemerah pipi serbuk, kontur serbuk dan penyerlah serbuk.

Jangan lupa lipstik dan setting spray sekali lagi  supaya solekan tahan lebih lama.