Apakah Perbezaan: Lip Cream vs Lipstik

Kecantikan bibir dapat membuat penampilan anda tampil lebih berseri dan menonjol. Oleh itu, produk bibir yang bersesuaian memainkan peranan penting. Antara pilihan popular adalah lip cream dan lipstik, masing-masing menawarkan ciri dan hasil yang unik. 

Lip Cream: Tampil lebih Elegan 

Dengan Lip Cream, anda boleh dapatkan tekstur yang ringan dan selesa. Formulanya dapatkan berikan olesan yang sekata dan memberikan hasil ‘full-coverage’, bergantung kepada variasi yang anda pilih. Sesuai digayakan mengikut personaliti atau mood anda.

Koleksi Lip Cream PIXY direka dengan tekstur yang lembut, dan lembap yang ringan di bibir. Lip cream menawarkan kombinasi warna yang berani dan lembut yang melembapkan bibir, menjadikannya sesuai untuk mereka yang inginkan gincu yang selesa dan tahan lama.

Lipstik: Pesona Klasik

Lipstik memberikan tekstur seperti baldu dan lembap pada bibir. Formulanya memastikan warna yang berpigmentasi tinggi, memberikan penampilan yang tampak berani dan tegas. Rangkaian ini menawarkan pilihan warna yang luas, dari nada nude dan natural hingga warna-warna berani yang membuatkan penampilan lebih menonjol. Dengan lipstik ini, anda dapat mencipta gaya solekan yang berbeza dan menambah sentuhan klasik pada penampilan keseluruhan anda.

Jika anda lebih suka pendekatan tradisional dalam pemilihan warna bibir, Lipstik Matte in Love dari PIXY adalah pilihan yang tepat. Lipstik dikenali dengan pigmen pekat serta hasil yang sempurna. Sama ada anda menginginkan penampilan matte yang lembut atau hasil satin, pasti terdapat warna lipstik yang sesuai dengan citarasa anda.

Perbezaan Utama:

Hasil: Lip cream biasanya menawarkan hasil yang lebih berkilau, sementara lipstik memberikan pelbagai hasil termasuk matte, satin, dan lembap.

Tekstur: Lip cream mempunyai tekstur ringan dan krim, manakala lipstik mempunyai tekstur yang sedikit lebih pekat kerana formulasi yang berbeza.

Liputan: Lip cream memberikan liputan yang lebih ringan dan sederhana, membolehkan penampilan tampil lebih natural. Lipstik, di sisi lain, menawarkan pigmen yang pekat dan liputan penuh, sesuai untuk mereka yang mencari warna bibir yang berani dan menarik perhatian.

Pelembapan: Lip cream biasanya dirumuskan dengan bahan pelembap untuk menjaga kelembapan bibir agar tetap nyaman sepanjang hari. Lip balm boleh digunakan untuk menambah kelembapan jika diingini.

Tingkatkan keindahan bibir anda dengan PIXY!