Apa yang anda perlu tahu tentang produk PIXY: Panduan untuk semua siri solekan

PIXY menawarkan pelbagai produk solekan yang direka khas untuk membantu anda mencapai penampilan yang sempurna. Dalam panduan yang komprehensif ini, PIXY akan terangkan ciri utama serta manfaat setiap produk.

Line & Shadow:
Dapatkan solekan memikat hati dengan Line & Shadow PIXY yang terdiri daripada black, platinum and copper. Koleksi ini merangkumi eyeliner dan eyeshadow yang mudah dioles dan senang dicampur, rangkaian Line & Shadow PIXY dapat berikan penampilan mata yang wow!

Eyebrow Crayon:
Bentuk dan kemaskan alis anda dengan Eyebrow Crayon PIXY. Tekstur krayon yang mudah digunakan ini memberikan tampilan yang lembut dan semulajadi, membolehkan anda mengisi ruang yang  kening dan mencipta alis yang kemas. Terdapat dalam dua warna, natural black and natural brown, Eyebrow Crayon PIXY direka untuk sepadan dengan tona kulit dan warna rambut anda.

Lash Fantasy Mascara:
Dapatkan bulu mata yang lentik, tebal dan mempesonakan dengan Lash Fantasy Mascara PIXY. Mascara ini berikan panjang dan ketebalan pada bulu mata anda, yang tampil dramatik dan menarik perhatian. Dengan berus yang direka khas, setiap bulu mata dilapisi dengan rata, tidak mengumpalkan dan tidak mudah luntur untuk hasil yang sempurna sepanjang hari.

3 Shades Eye Shadow:
Hiasi alis anda dengan rangkaian PIXY 3 Shades Eye Shadow. Palet eyeshadow ini mengandungi tiga warna yang saling melengkapi, membolehkan anda padankan warna mengikut gaya tersendiri. Formula yang mudah dicampurkan memastikan hasil yang natural. Pallet ini juga mempunyai berus untuk memudahkan penggunaan.

Lip Cream:
Rangkaian Lip Cream PIXY adalah pilihan yang baikuntuk merias bibir anda. Dengan tekstur yang lembut dan krim, Lip Cream ini tidak mengeringkan dan memberi efek matte yang ringan selama 10 jam. Sama ada warna nude atau warna yang berani, Lip Cream PIXY mempunyai variasi warna untuk setiap acara.

Matte in Love Lipstick:
Untuk penampilan bibir berani dan matte, PIXY Matte in Love Lipstick adalah pilihan yang tepat. Lipstik ini mengandungi pigmen yang terang dan hasil matte yang selesa dan tidak mengeringkan, tahan sepanjang hari dengan kandungan Vitamin E. Dengan variasi 8 warna, dari merah tua hingga tona natural, Matte in Love Lipstick PIXY memenuhi keperluan harian anda.

Dengan produk solekan PIXY, anda tidak perlu lagi risau akan kelengkapan solekan. Sama ada untuk penampilan harian yang natural atau gaya glamor untuk acara istimewa, PIXY adalah solusi anda. Terokai rangkaian yang berbeza dan serlahkan kreativiti anda dengan koleksi solekan PIXY.