Penyediaan Kulit: Solekan Kekal Sepanjang Hari
Mesti ramai beauties di luar sana pernah hadapi masalah solekan cair dan bercapuk kan? Cuba tengok balik, adakah anda benar-benar sediakan kulit anda dengan persediaan kulit untuk untuk solekan?
Langkah 1: Membersihkan dan Exfoliasi kulit anda
Bilakah kali terakhir anda exfoliasi kulit wajah anda? Membersihkan dan exfoliasi dapat membersihkan sebum dan minyak berlebihan, sel-sel kulit mati juga dapat disingkirkan dengan mudah. Kulit kering boleh menjadi penyebab solekan bercapuk dan tidak rata. Dengan exfoliasi, kulit akan menjadi lebih licin dan solekan yang dihasilkan adalah lebih rata.
Dengan hanya 2 langkah mudah – Membersihkan dan exfoliasi dengan mengurut lembut kulit wajah. Bilas menggunakan air suam dan elakkan menggosok dengan kuat untuk mengelakkan kemerahan dan merosakkan kulit. Bagi yang berkulit sensitif, berhati-hati untuk tidak menggunakan produk exfoliasi yang terlalu kasar. Sentiasa elakkan kawasan mata.
Langkah 2: Hidrat dan lembapkan kulit anda
Toner akan menyediakan kulit untuk menyerap pelembap dan serum dengan lebih baik. Toner boleh disembur terus ke kulit dan ditepuk lembut sehingga meresap. Sebagai alternatif, anda boleh semburkan sedikit pada kapas muka dan sapukan produk ke seluruh kawasan muka dan leher anda.
Pelembap muka adalah WAJIB! Tidak kira sama ada kulit anda kering atau berminyak. Kulit yang terhidrat adalah amat penting untuk buat solekan anda kekal sepanjang hari. Gunakan pelembap muka sejurus selepas serum ketika kulit masih lembap ke seluruh wajah dan leher anda.
Langkah 3: Primer
Memilih primer yang betul untuk mengekalkan solekan sepanjang hari adalah penting dan anda perlukan yang bersesuaian dengan jenis kulit anda juga. Adakah anda mahu kemasan matte, kilauan berseri atau kemasan semula jadi? Inilah primer kegemaran kami.
PIXY Make It Glow Beauty Skin Primer – Produk ini mengandungi ekstrak botani yang melembapkan, smooth polish powder dan SPF35 & PA+++.
Langkah 4: Lengkapkan solekan anda
Langkah 5: Set semuanya sekali
Masa untuk set solekan yang dihasilkan. Apa yang anda perlukan untuk set hasil solekan anda adalah setting spray ataupun loose powder (bedak tabur). Pilih salah satu mengikut hasil solekan yang anda inginkan – matte atau dewy.
Hasil kemasan matte? Pilih PIXY 4 Beauty Benefits Two Way Cake Perfect Last untuk solekan yang kelihatan kemas. Ia mengecilkan penampilan pori-pori.
Perlukan kemasan dewy? Pilih PIXY Make It Glow Silky Powdery Cake untuk penampilan yang glowing. Formula ringan yang mengandungi SPF35 & PA+++.
Dengan penyediaan kulit yang baik, anda dapat meminimumkan ‘touch-up’. Jika solekan terasa kering, hanya semburkan sedikit setting spray anda untuk penyegaran segera. Bagi yang kulit berminyak, kami mengesyorkan untuk gunakan kertas serapan minyak untuk menyerap lebihan minyak tersebut.