5 Cara Untuk Elakkan Foundation Bercapuk

Kebanyakan wanita mempunyai masalah bedak asas atau lebih dikenali sebagai ‘foundation’ yang bercapuk. Kadangkala, mungkin ada yang tak kena ataupun kulit anda tidak mahu bekerjasama dengan anda pada hari itu dan ini adalah perkara yang sangat menjengkelkan bagi kaum wanita.

Bagaimana kalau saya beritahu bahawa terdapat beberapa cara untuk masalah ini? Tapi sebelum kita pergi kepada bahagian seterusnya, mari kita ketahui apa penyebab ‘foundation’ bercapuk.

Kenapa ‘Foundation’ Saya Nampak bercapuk?

Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan ‘foundation’ kita nampak bercapuk terutamanya apabila terdapat sel kulit mati yang tersumbat dalam liang pori. Bukan itu sahaja, mungkin anda menggunakan teknik dan produk penjagaan kulit yang salah dan perkara ini sering berlaku.

Kulit yang kurang hidrasi dan ‘foundation’ atau concealer yang berlebihan juga boleh menyebabkan ianya nampak bercapuk.

Jom ketahui rahsia untuk elakkan ‘foundation’ anda daripada bercapuk:

  1. Buang sel kulit mati di wajah

Salah satu daripada langkah untuk dapatkan ‘base’ yang licin adalah dengan mengeksfoliasi kulit anda sekurang-kurangnya 1-2 kali seminggu. Jika anda lakukan langkah ini dengan konsisten, sel kulit mati yang degil akan hilang dan anda boleh dapat solekan yang lebih rapi!

  1. Prep wajah dengan menggunakan primer

Pastikan anda menggunakan primer dan prep wajah sebelum ‘foundation’ ataupun concealer. PIXY Make It Glow Beauty Skin Primer mengandungi SPF 35 & PA+++ yang boleh mengunci solekan anda dengan lebih lama!

pixy_primer

PIXY 4 Beauty Benefits Beauty Skin Primer

  1. Set dengan bedak loose atau setting

Apabila anda menggunakan foundation, loose powder atau setting powder adalah salah satu daripada langkah yang anda tidak boleh lupa. Gunakan loose atau setting powder yang mempunyai formula yang ringan dan sapukan ke kawasan yang berminyak seperti zon T atau lingkaran bawah mata. Untuk dapatkan solekan yang nampak rata, PIXY 4 Beauty Benefits Loose Powder amat sesuai kerana ia boleh menyerap minyak yang berlebihan di wajah.

pixy_4bb_loosepowder

PIXY 4 Beauty Benefits Loose Powder

  1. Guna alat solekan yang betul

Sama seperti memasak, kalau mahu guna ‘foundation’ pun kenalah dengan teknik yang betul. Contohya, anda boleh menggunakan span solek yang lembap dan ratakan ‘foundation’ anda secara lembut. Anda juga boleh gunakan berus ‘foundation’ untuk merapikan solekan anda.

  1. Pilih ‘foundation’ yang betul

Untuk dapatkan solekan yang flawless, anda mestilah memilih ‘foundation’ yang sesuai dengan jenis kulit anda. Jika anda mempunyai kulit yang berminyak, foundation yang terbaik adalah yang mempunyai matte-finish. Bagi anda yang mempunyai kulit sensitif, anda disarankan untuk menggunakan produk yang tiada alkohol mahupun pewangi, atau apa-apa bahan yang boleh menyebabkan iritasi pada kulit.

Dengan teknik yang betul, anda tidak akan lagi mengalami masalah ‘foundation’ atau solekan bercapuk!