Trend Mekap Asas 2023

Dari tahun 2022 lagi, asas ringan yang menyerlahkan warna asli kulit dan ‘glowing’ yang tampak semula telah menjadi trend dan trend ini akan berterusan pada tahun ini juga. Apakah trend solek asas yang kita best untuk kita ikuti?

1. Skinminimalism

Tular di sosial media estetik  ‘clean girl’ yang mendominasi trend mekap 2022, solek asas akan beralih daripada litupan yang tebal dan beralih kepada litupan ringan dan krim BB.

Jika anda ingin menggunakan solek yang kelihatan segar, pakar mencadangkan menggunakan produk solekan yang mengandungi bahan penjagaan kulit. Sebagai contoh, pilih primer yang berwarna untuk asas yang kelihatan semula jadi. PIXY Make It Glow Beauty Skin Primer ialah apa yang kami cadangkan – primer ini membantu menutup tona yang tidak sekata, cela dan kedutan halus. Gunakannya sebagai asas sebelum bedak untuk melembapkan kulit anda dan solekan asas anda tahan lebih lama. Gabungan hibridnya? Ia mengandungi SPF35 & PA+++. Jadi anda hanya memerlukan satu hingga dua produk untuk mendapatkan ‘glowing-look’ dan melindungi diri anda daripada sinaran UV.

2. ‘Transparent Makeup’

Trend ini memberi berkait rapat dengan ‘skinminimalism’. Selepas menggunakan pelembap dan pelindung matahari, anda juga boleh gunakan concealer untuk lindungi lingkaran gelap bawah mata anda. Untuk tahun 2023, solek lutsinar atau ‘transparent makeup’ akan memberi fokus dari bahagian pipi ke mata dan bibir. Pengguna akan mendapat kemasan solekan yang kelihatan seperti menggunakan ‘filter’.

Apa yang anda perlukan hanyalah produk yang tepat dan bersesuaian. Jom gunakan PIXY 4 Beauty Benefits BB Cream untuk penampilan ‘tanpa’ solekan. Krim BB bertekstur ringan dapat menutup cela dan berikan hasil yang tampak semula jadi dan berikan kesan ‘glowing’ pada wajah tanpa membuatkan kulit terasa berminyak.

3. Glow Moment

Kita semua inginkan kulit yang sihat dengan solekan minimal. Trend solekan minimal juga akan kekal di tahun 2023 ini. Selain dari solekan nipis dan ‘glowing’ tahun 2023 adakan tahun yang akan mengetengahkan penjagaan kulit untuk kulit yang lebih sihat dan anjal.

Dapatkan solekan nipis seperti Hailey Bieber dengan PIXY Make It Glow Dewy Cushion. Kusyen yang bertekstur ringan dan litupan yang boleh menutup cela dan menghasilkan solekan natural dengan kesan ‘glowing’ pada wajah tanpa membuatkan kulit terasa berminyak.

Walaupun rutin penjagaan kulit maksima pernah menjadi aspirasi, ia tidak lagi realistik bagi mereka yang menjalani gaya hidup lebih aktif yang tidak mempunyai masa untuk proses penjagaan kulit selama yang memerlukan 30 minit beberapa kali sehari — itulah sebabnya trend skinminimalism akan kekal kedudukannya pada tahun 2023.