Terokai Asas Solekan bersama PIXY Perfect Fit Liquid Foundation BAHARU
Memperkenalkan penambahan terbaru kepada rangkaian PIXY Perfect Fit – Liquid Foundation. Dirumus dengan penuh teliti, asas solekan ini bakal mengubah rutin solekan harian anda dengan memberikan asas yang sempurna sepanjang hari. Dengan formula yang ringan dan senang untuk diratakan pada kulit, ia dapat menghasilkan kemasan asas yang kemas dan tidak bercapuk.
Dirumus khas dengan teknologi Jepun, PIXY Perfect Fit Liquid Foundation meresap mengikut tekstur dan tona kulit anda yang unik, memastikan padanan yang sempurna setiap kali. Sama ada untuk menutup cela, ketidaksempurnaan warna kulit yang tidak sekata, atau garis halus, ia dapat menawarkan liputan yang boleh disesuaikan dengan mengaburkan ketidaksempurnaan dan buat kulit anda kelihatan halus dan bersinar.
PIXY Perfect Fit Liquid Foundation mempunyai hasil matte yang ‘buildable’. Asas ini dirumus dengan formula pengoksidaan minimum, tahan lama sehingga 12 jam dan mempunyai 3 pilihan warna yang sesuai untuk kulit wanita Asia. Ia juga mengandungi agen pencerah dan SPF 35 & PA+++ untuk perlindungan UVA dan UVB.
Direka secara versatil, PIXY Perfect Fit Liquid Foundation sesuai digunakan untuk semua jenis kulit. Sama ada no makeup makeup look atau full glam, ia mudah dihasilkan. Anda boleh menghiaskan muka mengikut citarasa anda atau boleh juga mencampurkan dengan pelembap kegemaran anda untuk hasil yang lebih natural dan ringan – gunakan mengikut kreativiti anda.
Sebagai kesimpulan, PIXY Perfect Fit Liquid Foundation BAHARU ini adalah makeup must-have! Dengan formula ringan, liputan yang boleh diubahsuai, dan manfaat penjagaan kulit, ia adalah penambahan yang sempurna kepada koleksi solekan PIXY beauties. Sama ada untuk solekan harian atau menghadiri majlis istimewa, PIXY Perfect Fit Liquid Foundation adalah penyelamat anda.