Solekan Buat Pori Tersumbat?

Solekan telah menjadi sebahagian daripada rutin harian wanita untuk meningkatkan penampilan dan keyakinan diri atau menutup ketidaksempurnaan. Walau bagaimanapun, satu kebimbangan yang sering timbul – adakah solekan boleh menyebabkan liang pori tersumbat? Jom dapatkan jawapan bersama PIXY dan bagaimana anda boleh mencegahnya dengan menggunakan air micellar dan masker muka.

Untuk menjawab persoalan sama ada solekan menyumbat pori-pori anda, jawapan ringkasnya adalah ya, boleh. Terutamanya produk yang pekat atau berasaskan minyak, boleh menyebabkan liang pori anda tersumbat, menyebabkan jerawat, bintik hitam dan masalah kulit yang lain. Walau bagaimanapun, tidak semua produk solekan mengandungi bahan yang sama, dan terdapat langkah-langkah yang boleh anda ambil untuk meminimumkan masalah pori tersumbat.

Salah satu cara paling berkesan untuk mengelakkan solekan daripada menyumbat pori-pori adalah dengan menggunakan air micellar. Air Micellar direka khusus untuk menanggalkan solekan dan kekotoran dari kulit anda tanpa mengeringkan kulit wajah. Menggunakan PIXY Glowssentials Light Radiance Mulberry Infused Micellar Water yang diperkaya dengan Vitamin B3 dan Provitamin B5 untuk bersihkan wajah anda boleh membantu memastikan semua kesan solekan kalis air dibersihkan, menjadikan kulit anda lebih bersih dan segar.

Satu lagi cara yang berkesan adalah dengan menggunakan masker. Masker muka ialah cara terbaik untuk membersihkan kulit anda secara mendalam, menanggalkan kotoran dan sebum yang boleh menyebabkan jerawat dan pori tersumbat. Masker yang diformulasi dengan tanah liat seperti PIXY Glowssentials Pollution Off Clay + Scrub Mask amat sesuai untuk kulit berminyak atau berjerawat kerana ia menyerap lebihan sebum dan membersihkan liang pori, menjadikan kulit lebih bersih dan licin. Sementara itu, PIXY Glowsssentials Light Radiance Smooth & Bright Peel-Off Mask pula boleh membantu melembapkan dan mencerahkan kulit yang kering dan kusam. Menggunakannya 1-2 kaliĀ  seminggu boleh membantu memastikan kulit anda bersih, sihat, dan mengurangkan masalah pori tersumbat.

Dengan mengambil langkah untuk menanggalkan solekan secara menyeluruh dengan air micellar dan gunakan masker muka, anda boleh meminimumkan masalah pori tersumbat dan dapat mengekalkan kulit yang bersih dan sihat. Ingat, penjagaan kulit wajah anda adalah penting untuk kesihatan kulit dan imej diri anda. Dapatkan produk yang bersesuaian dengan kulit anda!