Semua yang Diperlukan untuk Rejim Tahun Baru Anda

Tahun 2024 sudah tiba! Terdapat juga banyak yang perlu dipelajari jika anda ingin mendahului trend kecantikan tahun ini. Anda boleh mencuba solekan kreatif, di mana ekspresi artistik menjadi tumpuan utama, selepas mempelajari tentang trend penjagaan kulit viral terbaru. Jom ikuti penjagaan kulit dan trend kosmetik tahun ini.

Skin Streaming
Trend terkini ialah “skin streaming”, mengurangkan rejimen penjagaan kulit anda kepada tiga atau empat item yang penting sahaja. Lebih ramai yang mengikuti trend ini dan mengelakkan rejimen yang terlalu banyak.

Selain menjimatkan masa dan wang, skin streaming boleh mengurangkan kesan setiap bahan aktif, mengelakkan pengelupasan berlebihan atau menggunakan bahan kimia aktif yang terlalu kasar pada kulit.

Bahan semula jadi
Dari segi produk penjagaan kulit, banyak jenama sudah mula memperkenalkan bahan-bahan baru yang diperoleh daripada sumber semula jadi menjadikan, keberkesanan bahan-bahan semula jadi menjadi keutamaan.

Barangan penjagaan kulit yang berakar umbi dari tumbuhan dan buah-buahan adalah bahan utama yang digunakan dalam produk penjagaan kulit. 2024 mungkin menyaksikan lonjakan dalam produk yang terbukti berkesan secara klinikal.

**PS: Produk penjagaan kulit untuk dicuba – siri PIXY Glowssentials

Keserdehanaan
Jika sesiapa masih melakukan rejim penjagaan kulit 10 langkah, sudah tiba masanya untuk mengucapkan selamat tinggal kepada serum, minyak muka dan krim yang berlebihan. Penjagaan kulit secara sederhana dijangka meningkat pada tahun ini. Tumpuan kini akan diberikan kepada penjagaan kulit yang mudah – memulihkan kesihatan ‘skin barrier’ dan sistem imun kulit supaya keradangan berkurangan dan kulit lebih sihat dan anjal.

Peach Fuzz
Pantone telah menamakan Peach Fuzz sebagai warna tahun untuk 2024, dan kami tidak sabar menunggu banyak produk berwarna peach untuk muncul di khalayak ramai, terutamanya di bahagian kecantikan. Warna lembut dan panas ini dapat menyerlahkan tona kulit berbeza dan sesuai untuk gincu, pemerah pipi dan pembayang mata.

Solek ’90an
Trend kecantikan mula menghidupkan semula trend solek ikonik tahun 90-an, PIXY tak sabar! Ia diinspirasi daripada bintang ikonik dan supermodel dari tahun 90-an. Mata dan bibir yang menonjol pastinya mentakrifkan era, dan kita tidak boleh melupakan gincu merah yang menonjolkan penampilan. Semua ini boleh dicapai dengan kelengkapan solekan asas.

**Jangan terlepas PIXY Colors!

Glam lembut
Satu trend yang kami persetujui ialah glam lembut atau ‘soft glam’  yang menyerlahkan kompleksi wajah semula jadi seseorang. Macam mana tu? Anda hanya perlukan pipi merah, kening yang rapi, kulit lembap dan bibir yang terhidrat. Hanya dengan asas solekan yang tipis untuk menaikkan seri wajah untuk melengkapkan ‘soft glam’ harian anda!