Produk PIXY Selaras dengan Trend Skincare & Makeup di Tahun 2025
Untuk tahun 2025, industri kecantikan semakin mengutamakan minimalisme dan inovasi. Pengguna fokus akan produk bukan sekadar untuk kecantikkan tapi fungsi dan kesan pada kesihatan kulit dan juga alam sekitar. Dengan kombinasi harga mampu milik dan formulasi berkualiti tinggi, PIXY dapat memenuhi kedua-dua aspek moden ini. Jom ikuti PIXY dalam trend kecantikan 2025!
Trend 1: Skinimalism
Terma “less is more” atau skinimalism masih jadi pilihan utama di 2025. Fokusnya? Rutin penjagaan kulit yang simple tapi efektif untuk kesihatan kulit. Rangkaian skincare PIXY, yang kaya dengan bahan semula jadi dan pelembap, memang ngam dengan trend ni. Contohnya, PIXY Glowssentials Tone & Bright Cream — dengan gabungan fungsi melembapkan dan mencerahkan kulit dalam satu langkah je. Senang, kan?
Trend 2: Clean & Conscious Beauty
Pengguna millennial dan Gen Z mengambil peduli tentang produk yang gunakan bahan semula jadi dan mesra alam. Tahun 2025, produk dengan bahan vegan dan pembungkusan eco-friendly jadi asas pemilihan produk penjagaan kulit. PIXY faham akan isu ini—dengan formulasi bebas kekejaman (cruelty-free) dan pembungkusan mesra alam. Penggunaan bahan berasaskan tumbuhan bukan sahaja jaga kulit, tapi juga menyokong gaya hidup yang pentingkan alam sekitar.
Trend 3: Hybrid Makeup untuk Rutin Harian yang Sibuk
Produk hybrid yang gabungkan kecantikan dan penjagaan kulit makin popular sebab semua orang nak jimat masa. Contohnya, PIXY Perfect Fit Two Way Cake — ada perlindungan UV, efek matte, dan boleh mencerahkan kulit dalam satu produk. Memang penyelamat untuk korang yang nak cepat tapi tetap nak nampak kemas dan yakin.
Trend 4: The Glow-Up Movement
Kulit dewy dan glowing tetap menjadi idaman ramai. Hasil kulit glowing atau ‘glass skin’ dah kalahkan trend matte. Rangkaian PIXY Glowssentials Light Radiance Series memang diformulasi untuk trend ni—contohnya, Tone & Bright Cream yang bagi efek glowing natural dengan liputan ringan. Sesuai untuk korang yang suka gaya no-makeup makeup.
Trend 5: Inklusiviti & Personalisasi
Dunia kecantikan makin inklusif untuk semua jenis kulit tidak mengira tona. Jenama-jenama besar juga mula fokus dengan penambahan pilihan warna untuk semua jenis tona kulit. Rangakaian PIXY Perfect Fit juga tak ketinggalan dengan rangkaian foundation dan bedak yang sesuai untuk pelbagai tona kulit.
Secara kesimpulannya, PIXY terus jadi pilihan sebab inovasi berterusan, mesra alam, dan inklusiviti. Sama ada korang suka gaya minimalis, produk mesra alam, atau nak dapatkan kulit glowing idaman, PIXY ada produk yang bersesusaian dengan gaya hidup dan nilai moral korang.