Primer Untuk Menyamarkan Kesan Penampilan Liang Pori
Liang pori tampak besar dan terbuka? Realistiknya, anda tidak boleh menghilangkan liang pori anda tetapi ada cara untuk menyamarkannya supaya ianya tidak begitu kelihatan. PIXY Make It Glow Beauty Skin Primer, dapat meratakan tekstur kulit yang tidak sekata dan mengurangkan penampakan liang-liang pori supaya solekan wajah anda kemas dan ‘flawless’.
Amatlah penting untuk menggunakan PIXY Make It Glow Beauty Skin Primer dengan betul untuk dapatkan solekan asas yang sempurna!
Langkah 1
- Memang anda tidak boleh melarikan diri dari langkah ini kerana penghidratan adalah kunci utama kulit ‘flawless’! Tidak kira jenis kulit anda, wajib gunakan pelembap!
Langkah 2
- Terdapat banyak cara untuk menggunakan primer, sama ada menggunakan berus atau span solek dan juga jari anda. Walau bagaimanapun, PIXY nasihatkan untuk menggunakan primer dengan hujung jari anda untuk memberikan litupan yang sama rata dan tidak membazirkan produk.
Langkah 3
- Anda hanya perlukan produk sebesar saiz kacang pea untuk melitupi liang pori terbuka dan ratakan ke seluruh muka. Fokuskan penggunaan produk di kawasan liang pori, terutamanya kawasan zon T anda.
Langkah 4
- Akhir sekali, jangan ratakan primer ke kulit anda seperti anda gunakan pelembap, gunakan hujung jari dan tepuk lembut untuk menekannya dengan lembut ke atas kulit. Ini adalah untuk memastikan produk melitupi liang-liang yang terbuka.
Dengan PIXY Make It Glow Beauty Skin Primer, anda boleh kelihatan lebih ‘flawless’ dan solekan tahan lebih lama!