Perbezaan Antara Light Radiance dan Pollution Off

Sama ada anda mencari rangkaian penjagaan wajah untuk mencerahkan kulit anda atau melindunginya daripada pencemaran, PIXY Glowssentials ada solusinnya.. PIXY Glowssentials adalah siri roduk penjagaan kulit yang diformulasi untuk membantu anda mencapai kulit yang sihat, berseri dan terlindung. 

PIXY Glowssentials Light Radiance
PIXY Glowssentials Light Radiance diformulasi khas untuk mengurangkan kekusaman kulit dan juga mencerahkan kulit anda secara mendalam. Ia mengandungi campuran bahan-bahan mencerah dan melembabkan yang untuk mengurangkan tekstur, noda, dan kecerahan kulit anda. Formula ringan ini menyerap dengan cepat ke dalam kulit, untuk kulit yang lebih lembut, licin, dan bersinar.

PIXY Glowssentials Light Radiance mengandungi agensi pencerah seperti ekstrak Mulberry, Vitamin B3. 

Manfaat Light Radiance
Light Radiance  menawarkan pelbagai manfaat unik, termasuk:

  • Pencerahan segera: Ia mencerahkan kulit anda serta merta dan buat kulit anda tampak berseri.
  • Menghidrat: melembabkan kulit anda untuk kulit yang lebih lembut dan terjaga.
  • Menutup cela: Ia meminimalkan penampilan pori-pori dan garis-garis halus, sesuai untuk digunakan sebelum aplikasi solekan.

PIXY Glowssentials Pollution Off
PIXY Glowssentials Pollution Off ialah hero penjagaan kulit yang berfungsi sebagai perisai terhadap kotoran pencemaran. Ia memberikan perlindungan pada kulit, menghalang kotoran daripada memasuki pori-pori dan menyebabkan kerosakan kulit. Formula ringan ini diperkaya dengan antioksidan dan bahan-bahan detoksifikasi yang membantu singkirkan bahan radikal bebas dan membersihkan kotoran, agar kulit anda berasa segar dan terlindung.

PIXY Glowssentials Pollution Off diformulasi dengan campuran bahan-bahan detoksifikasi dan perlindungan, seperti arang aktif, ekstrak kiwi, dan pollustop dan agen antibakteria. Bahan-bahan ini dapat membantu membersihkan kotoran, memerangi radikal bebas, dan mengukuhkan pertahanan semula jadi kulit terhadap pencemaran. Tekstur ringan memastikan bahawa produk tidak menyumbat pori-pori dan sesuai untuk rutin penjagaan kulit harian anda.

Perlindungan daripada pencemaran
Kuasa super Pollution Off adalah untuk melindungi kulit anda daripada kesan merbahaya pencemaran. Berikut ialah manfaat rangkaian Pollution Off ini:

  • Perlindungan daripada pencemaran: Ia melindungi kulit anda dan mengelakkan pencemaran tersumbat di liang pori-pori anda dan menyebabkan kerosakan.
  • Pertahanan Anti-oksidan: Pollution Off mengandungi antioksidan yang kuat yang memerangi radikal bebas, mengurangkan risiko penuaan.
  • Menenangkan kulit: Ia menenangkan kulit yang teriritasi, membantu mengembalikan keseimbangan semulajadi.
  • Tekstur ringan: Pollution Off sangat ringan pada kulit, membolehkan penyerapan yang mudah dan pemakaian yang selesa sepanjang hari.

Pilih produk PIXY Glowssentials yang betul untuk jenis kulit anda
Sebelum memilih produk PIXY Glowssentials, amatlah penting untuk mengenal pasti jenis dan masalah kulit anda. Berikut ialah panduan ringkas untuk bantu anda membuat pilihan:

Kulit kering: Gunakan produk menghidrat dan bersifat lembap, seperti Light Radiance untuk kulit lebih lembap dan berseri.

Kulit berminyak: Pilih formula ringan untuk mengawal minyak berlebihan, seperti Pollution Off untuk perlindungan dari kotoran dan mengurangkan sebum.

Kulit kombinasi: Anda boleh memilih Light Radiance atau Pollution Off berdasarkan keperluan kulit anda.

Ingat, kulit setiap orang adalah unik, jadi bebas untuk bereksperimen dan mencari set penjgaan kulit yang sempurna untuk kulit anda.