Panduan Mudah untuk Penjagaan Wajah

Untuk memanfaatkan produk penjagaan kulit anda untuk lebih berkesan, anda perlu menggunakannya dalam susunan yang betul. Rutin anda bergantung pada jenis kulit, ramuan dan formulasi produk. Walau bagaimanapun, susunan yang mudah diikuti adalah melalui tekstur, mulakan dari yang paling cair kepada yang paling pekat, kerana produk yang cair tidak akan dapat menembusi yang lebih pekat.

Sama ada anda mempunyai tiga atau sembilan langkah dalam rutin penjagaan kulit anda, yang paling penting adalah penggunaan yang mengikut susunan yang betul. Daripada pencuci muka sehingga ke SPF, berikut adalah lima langkah penjagaan kulit yang wajib anda ikuti.

1. Pembersihan

Mulakan dengan menggunakan pembersih muka yang bersesuaian dengan jenis kulit anda. Jika anda mempunyai kulit berminyak atau berjerawat, dapatkan pencuci muka yang boleh menyingkir minyak dan kotoran. Jika anda mempunyai kulit kering, dapatkan pencuci muka yang melembapkan dan jika anda mempunyai kulit sensitif, dapatkan pencuci muka yang lembut yang tidak merengsakan kulit anda.

Pembersihan kulit wajah juga mempunyai dua langkah.

Langkah 1: Sebelum anda membersihkan muka dengan pencuci muka, pastikan anda membersihkan peluh, pelindung matahari dan kotoran dari muka anda dengan PIXY Glowssetials Mulberry Infused Micellar Water.

Langkah 2: Bersihkan secara mendalam dengan PIXY Glowssentials Light Radiance Soft & Bright Whip Foam Cleanser.

2. Ekfoliasi

Ekfoliasi adalah penjagaan kulit yang penting yang membantu anda menyingkirkan minyak berlebihan, sel kulit mati, minyak dan pori tersumbat.

Gunakan ‘scrub’ atau masker ‘peel-off’ lembut pada muka anda sekurang-kurangnya dua kali seminggu untuk menyingkirkan kekotoran seperti kotoran, minyak dan bintik-bintik hitam. 

PIXY Glowssentials mempunyai 2 produk hebat untuk yang sesuai – Light Radiance Smooth & Bright Peel-Off Mask or Pollution Off Clay + Scrub Mask.

Tip tambahan: Jika anda mempunyai kulit berminyak, anda perlu ekfoliasi 2-3 kali seminggu untuk kulit yang lebih bersih dan terjaga.

3. Toning

Sisa-sisa solekan dan sebum yang degil masih boleh tertinggal dan kekal pada kulit anda. Oleh itu, selepas membersihkan muka, oleskan toner pada kapas muka untuk menanggalkan sisa yang tertinggal. Selain itu, toner juga berfungsi untuk menutup liang pori yang terbuka.

Toner juga mengandungi bahan aktif yang membantu menyingkirkan bakteria dan membantu mengimbangi tahap pH kulit. Oleh itu, toning adalah satu kemestian selepas pembersihan, terutamanya untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak dan berjerawat. Tetapi terdapat banyak cara untuk menggunakan toner dan elakkan mencampurkannya dengan produk lain jika anda tidak pasti.

Jika toner anda untuk ekfoliasi—bermaksud ia menanggalkan sel kulit mati dengan bahan seperti asid glikolik, gunakan hanya pada waktu malam. Toner yang menghidarat boleh digunakan dua kali sehari. Jangan gunakan toner ekfoliasi dan retinoid pada masa yang sama.

4. Melembapkan

Pelembap melembapkan kulit dan mengunci semua lapisan produk lain yang anda gunakan. Gunakan pelembap yang bertekstur seperti losyen ringan untuk waktu pagi, idealnya yang lengkap dengan SPF 30 atau lebih tinggi. Pada waktu malam, anda boleh menggunakan krim malam yang lebih pekat. Mereka yang mempunyai kulit kering boleh gunakan krim yang pekat untuk pagi dan malam.

Untuk newbies, PIXY cadangkan menggunakan PIXY Glowssentials Light Radiance Tone & Bright Cream – krim pelembap pelbagai fungsi yang berikan kesan pencerahan serta-merta. Ia membantu mencerahkan kulit serta-merta dan masih kelihatan semula jadi, menyamarkan bintik-bintik hitam dan parut jerawat supaya tona kulit kelihatan lebih sekata.

5. SPF

Ini mungkin langkah terakhir, tetapi hampir semua pakar dermatologi akan menyatakan bahawa perlindungan matahari adalah rutin paling penting dalam mana-mana rejimen penjagaan kulit. Melindungi kulit anda daripada sinaran UV boleh mencegah kanser kulit dan tanda-tanda penuaan. Jika pelembap anda tidak mengandungi SPF, anda masih perlu memakai pelindung matahari. Sebagai contoh, PIXY Glowssentials Pollution Off Sunshield Daily Moisturizer – pelembap harian yang melindungi kulit daripada cahaya matahari dan kotoran yang mencemarkan, seperti habuk, asap dan kotoran.