Kekalkan Keremajaan Kulit Anda dengan PIXY Aqua Beauty Protecting Mist
Rutin harian yang penuh dengan aktiviti, kulit kita sering terdedah dengan kotoran seperti pencemaran sekitar dan sinaran UV. Masa untuk tambahkan PIXY Aqua Beauty Protecting Mist dalam rutin harian anda– face mist yang menyegarkan direka khas untuk menyegarkan dan melindungi kulit anda daripada kotoran, sinaran UV dan mengunci solek anda sepanjang hari.
Direka dengan perhatian dan terperinci, PIXY Aqua Beauty Protecting Mist menawarkan pendekatan pelbagai fungsi untuk penjagaan kulit dan juga solekan. Formula ringannya menawarkan gabungan bahan berasaskan air dan asid hyaluronik, untuk kulit yang terhidrat dan memulihkan kesihatan lapisan kulit anda. Infusi penghidratan ini bukan sahaja menyegarkan kulit anda tetapi membantu mengekalkan keanjalan, menjadikan anda tampil awet muda dan berseri.
Apa yang membezakan PIXY Aqua Beauty Protecting Mist dengan face mist lain adalah kehebatan perlindungannya. Diperkaya dengan antioksidan seperti vitamin E dan ekstrak teh hijau, face mist ini berfungsi sebagai penghalang kepada pendedahan terhadap kotoran yang boleh menyebabkan penuaan pramatang dan kulit kusam. Dengan meneutralkan molekul berbahaya,, ia membantu melindungi kulit anda dan mengekalkan kulit yang sihat.
Selain itu, PIXY Aqua Beauty Protecting Mist juga menyenangkan rutin dan perjalanan harian beauties, menjadikannya on-the-go must have item yang sangat diperlukan untuk penjagaan kulit.
Oleh itu, jom PIXY memperkenalkan PIXY Aqua Beauty Protecting Mist Matte-Finish BAHARU– penyelesaian untuk mereka yang kulit berminyak dan inginkan kemasan solekan yang matte. Diformulasi dengan dedikasi kualiti tinggi yang memberikan manfaat penjagaan kulit dan juga kemasan solekan. Diperkaya dengan bahan-bahan seperti silika yang berkesan menyerap minyak berlebihan dan meminimumkan kilauan, menjadikan kulit anda kelihatan licin, halus dan solekan matte yang tahan sepanjang hari.
PIXY Aqua Beauty Protecting Mist Matte-Finish bukan sahaja memberikan kemasan matte yang cantik, tetapi ia juga melindungi kulit anda daripada kotoran persekitaran dengan formula perlindungannya. Dikemas dengan antioksidan dan agen penghidratan, ia menguatkan pertahanan semula jadi kulit anda sambil mengekalkan kelembapan. Protecting Mist ini amatlah sesuai untuk hari yang sibuk ataupun hanya untuk solekan harian, mist ini dapat memastikan kulit anda kekal segar, berseri dan matte. Tambahan pula, formulanya yang tidak berminyak menjadikannya sesuai untuk jenis kulit berminyak dan kombinasi.
PIXY Aqua Beauty Protecting Mist ini must-have untuk rutin penjagaan kulit harian. Senang digunakan dimana jua anda berada. Hanya tutup mata, semburkan pada wajah pada jarak yang ditetapkan untuk memastikan litupan penuh. Gunakannya sebagai asas sebelum solekan untuk dapatkan kanvas yang licin, atau gunakannya sebagai langkah terakhir untuk mengunci solekan anda sepanjang hari.
Jadi tunggu apa lagi? Dapatkan PIXY Aqua Beauty Protecting Mist Matte Finish dan tampil yakin sepanjang hari.