Jom Bezakan ‘Micellar Water’ Dengan ‘Makeup Remover’

  1. Apakah Air Micellar?

Air Micellar ataupun lebih dikenali sebagai ‘Micellar Water’ ialah produk penjagaan kulit yang mempunyai pelbagai fungsi. Kandungannya mengandungi air dengan sebatian pelembap dan surfaktan yang sangat lembut untuk membantu menanggalkan solekan dan kotoran dari kulit muka anda.  ‘Micelle’, iaitu partikel minyak yang halus disebatikan dengan air berfungsi membersihkan kotoran, minyak dan tidak mengeringkan kulit. 

  1. Apa itu Penanggal Solekan? 

Penanggal solekan atau lebih dikenali sebagai ‘Makeup Remover’ dihasilkan dengan gabungan bahan pelarut. Ia berasaskan minyak, di mana bahan utamanya ialah minyak ester, hidrokarbon atau silikon. Ia juga boleh dihasilkan dengan bahan yang berasaskan air, di mana bahan utamanya ialah air. Fungsinya adalah untuk melarutkan solekan dan membantu menanggalkan solekan seperti asas solekan, pemerah pipi dan sebagainya. Penanggal solekan berasakan minyak atau silikon adalah pilihan terbaik jika anda ingin menanggalkan solekan yang kalis air atau sukar untuk ditanggalkan. Ini adalah untuk mengelakkan anda dari menggosok kulit anda secara kasar kerana geseran yang kuat boleh merosakkan lapisan kulit wajah anda. 

Kini, anda sudah tahu dan faham apakah perbezaan antara air micellar dan penanggal solekan, jom kita bandingkan perbezaan kedua-dua produk ini dan yang manakah pilihan yang sesuai dan bermanfaat dalam rutin penjagaan muka anda. 

  1. Air Micellar
  • Ia bebas alkohol dan mengandungi bahan pelembap seperti gliserin, ia sangat bermanfaat terutamanya bagi orang yang mempunyai masalah kulit kering dan sensitif.
  • Ia sesuai untuk kesemua jenis kulit kerana ia sangat lembut pada kulit.
  • Ia mudah digunakan dan berfungsi untuk membersihkan kulit dan menanggalkan solekan dan boleh mengurangkan pori tersumbat.

 

  1. Penanggal Solekan
  • Ia berasakan minyak dan sesuai untuk membersihkan solekan tebal dan kekotoran degil.
  • Ia mempunyai bahan larut yang mampu mengurangkan sebum.
  • Ia mengurangkan geseran pada kulit dan tidak meninggalkan bintik hitam atau kemerahan.

Walaupun produk ini mempunyai persamaan iaitu menanggalkan solekan ia masih berbeza. Contohnya, PIXY Mulberry Infused Micellar Water lebih kepada menghilangkan minyak berlebihan, sisa kotoran dan solekan ringan. Manakala penanggal solekan seperti PIXY Eye & Lip Makeup Remover mempunyai formula yang lebih berminyak sesuai untuk menanggalkan solekan kalis air.

Tak kisah mana satu pilihan anda, solekan muka mestilah dibersihkan terlebih dahulu sebelum anda mencuci muka dengan pencuci muka. Hanya dengan beberapa titisan, kulit wajah anda lebih terjaga dari terhindar dari masalah kulit yang tidak diingini.