Dapatkan Bentuk Kening yang Perfect

Kening membingkai akan menyerlahkan bentuk wajah anda, oleh itu pensel kening yang bersesuaian amatlah penting. Sama ada anda ingin melebatkan kening anda, membentuk dengan mengisi kawasan yang jarang, atau mengikuti trend BeautyTok terkini, pensel kening adalah kunci untuk ‘snatching’ look. 

Ikuti langkah-langkah ini untuk dapatkan bentuk kening yang anda idamkan! 

1. Melakar

Sebelum anda mewarnakan kening, anda perlu melakar bentuk yang anda inginkan. Ini bermakna anda perlu tahu di mana permulaan, hujung dan titik tertinggi bentuk kening.

Titik permulaan: Pegang berus pembayang mata secara menegak dari hidung anda (di atas lubang hidung anda). Kemudian, gunakan hujung pensel untuk menandakan di mana berus dan kening bertemu.

Titik penghujung: Gerakkan berus supaya bersandar pada tepi luar lubang hidung anda, sampai ke sudut luar mata anda. Di mana garis penjuru ini bertemu dengan kening anda, tandakan titik dengan pensel kening anda. Di sinilah penghujung kening sepatutnya berada.

Melakar lekuk kening: Kening anda harus memuncak sejajar dengan bahagian luar iris anda. Sekali lagi, gunakan berus anda untuk mengukur titik tanda untuk menandakan kening melengkung itu.

2. Penuhkan ruang kening

Jika bulu kening anda kelihatan jarang, gunakan PIXY Eyebrow Crayon untuk mengisi ruang kosong kening anda dengan menggunakan gerakan keatas untuk kening yang kelihatan semula jadi. Mulakan dari pangkal dan gerakkan pensel sehingga penghujung kening, dengan lakaran yang pendek dan halus. Teknik ini akan memberikan anda lakaran yang kemas dan halus dan tidak tebal.

Pro tip: Jika anda baru berjinak-jinak dengan pensel kening, pilih satu warna yang lebih terang daripada kening semula jadi anda dan tebalkan lakaran untuk dapatkan kening yang tampak lebih gelap dan tebal.

 

3. Kemaskan 

Gunakan ‘concealer’ untuk kemaskan bahagian keliling kening anda. Gunakan berus untuk kemaskan bawah kening anda untuk hasil kening yang kemas. Jika anda sudah berpuas hati dengan ketebalan dan bentuk kening, gunakan spoolie pensel kening yang disembur dengan setting spray untuk kemasan terakhir.