Cara Pulihkan Tona Kulit Tak Sekata & Dapatkan Glow Balik

Tona kulit tak sekata memang masalah biasa yang ramai orang hadapi. Puncanya boleh jadi dari kulit terdedah tanpa pelindung matahari, pencemaran, penuaan, atau stress, yang menyebabkan dark spots, kemerahan, dan kulit nampak kusam tona tidak sekata. Tapi jangan risau, dengan rutin skincare yang betul, korang boleh dapatkan balik kulit yang glowing dan sekata. Hanya perlu konsisten dengan beberapa langkah penjagaan kulit, plus produk yang berkualiti macam siri PIXY Glowssentials, boleh bantu korang dapatkan kembali kulit yang cerah dan sihat. Jom tengok macam mana nak start.

  1. Cuci dulu!

    Step pertama nak improve kulit korang adalah dengan cuci muka dengan mendalam. Kotoran, minyak, dan segala benda yang menyumbat pori boleh buat kulit tampil kusam. Start dengan gentle cleanser yang sesuai dengan jenis kulit korang. Lepas tu, penting jugak untuk exfoliate dua hingga tiga kali seminggu. Exfoliate untuk menyingkir sel kulit mati yang terkumpul di permukaan kulit, yang buat tekstutr dan warna kulit tidak sekata. Vitamin-Infused Mist dari PIXY Glowssentials pun best juga sebab dia bukan hanya hydrate kulit tapi boleh refresh lepas kita cuci dan exfoliate. Plus, boleh jugak sembur mist ni on-the-go bila-bila rasa nak freshen up!

 

  1. Hydration is key! 

    Lepas cuci dan exfoliate, apply toner atau essence yang boleh bantu lock in moisture. Siri PIXY Glowssentials ni ada moisturizer yang ringan tapi penuh dengan khasiat untuk kekalkan kulit lembap dan licin. Dengan penggunaan konsisten, tekstur kulit akan improve dan dark spots pun boleh pudar sikit-sikit. Untuk hasil yang power, make sure korang buat step ni dalam rutin pagi dan malam.

  1. Sun Protection

    Jangan skip sunscreen! Step ni wajib dalam apa-apa rutin skincare especially bila nak fokus kat tona kulit. Sinaran UV boleh buat dark spots makin ketara dan punca jeragat. So, wajib guna sunscreen setiap hari, walaupun mendung atau korang just duduk dalam rumah je.

 

  1. Targeted Treatments

    Finally, try pakai produk yang target area gelap atau kusam. Serum pencerah dan produk yang ada vitamin C sangat efektif untuk ni, sebab dia fokus merawat dark spots dan boleh mencerahkan ulit. Dengan penggunaan yang konsisten, korang akan perasan kulit makin rata, glowing, dan berseri.