Cara Penggunaan Asas Kusyen a.k.a Cushion Foundation yang Betul

Jika anda masih belum bertukar kepada asas kusyen, inilah masanya. Jom PIXY ajarkan cara menggunakan asas kusyen dengan cara yang betul!

Asas kusyen selalunya memberikan perlindungan matahari tambahan dan kebaikan penjagaan kulit seperti melawan jerawat atau mencegah kedutan. Sama ada anda mahukan penampilan seperti selebriti Korea atau hanya ingin meratakan tona tidak sekata, asas kusyen ialah cara yang sangat mudah untuk digunakan dan sesuai dibawa ke mana sahaja.

Jika anda telah mencuba asas kusyen, anda tahu bahawa ia adalah jenis asas yang paling mudah untuk ‘blend’. Tetapi jika anda tidak menggunakan kusyen dengan betul, solekan anda akan bercapuk atau tidak melitupi dengan rapi.

Lebih-lebih lagi musim perayaan yang panas terik ini. Lebih mudah untuk touch-up dan ditanggalkan di antara waktu solat.

Gunakan tekanan yang perlahan ketika menggunakan kusyen.

Elakkan menekan jari sehingga menyentuh bahagian bawah kusyen, sebaiknya ambil jumlah produk yang betul dan gunakan teknik ‘layering’ untuk dapatkan litupan yang diingini. Tekan ke bawah perlahan-lahan sekali dua ke dalam kusyen dan lihat berapa banyak produk yang telah disedut itu.

Untuk membina litupan dan masih mendapatkan kemasan yang kelihatan semula jadi, cuba PIXY Make It Glow Dewy Cushion.

Teknik ‘blending’ yang betul.

Langkah seterusnya ialah ‘blending’. Gunakan gerakan tepukan ringan untuk memberi anda kawalan dan kemasan yang memberikan hasil tampak semula jadi.

Jangan sekali-kali meleret span. Anda mungkin terbiasa menggunakan gerakan meleret dengan span solekan biasa atau jari anda apabila anda menggunakan bedak asas. Tetapi seperti mana-mana produk yang mengandungi SPF, anda tidak mahu menggunakan gerakan meleret.

Apabila anda ingin masuk ke kawasan yang terdapat penurunan [seperti sisi hidung anda], tolak jari anda ke hadapan dan bentukkan span untuk melitupi bahagian yang lebih kecil. Kemudian tepuk span secara perlahan-lahan.

Jangan takut untuk menggunakan jari anda.

Asas kusyen adalah ciptaan yang memudahkan, tetapi tidak salah untuk ‘blend’ menggunakan jari anda juga. Oleh itu, jangan teragak-agak untuk menggunakan jari anda jika span kusyen terlalu besar untuk kawasan yang anda ingin litupi, seperti bahagian anak rambut anda.

Anda tidak perlu menggunakannya diseluruh wajah.

Anda mungkin telah terbiasa untuk melitupi seluruh muka anda dengan asas kusyen. Melakukannya pasti akan meratakan tona kulit, tetapi ia juga akan memberikan hasih yang tampak satu dimensi. Sapukan pada kawasan yang anda perlukan liputan. Mulakan di bahagian tengah muka anda dan ‘blend’ ke arah tepi.

Selain itu, gunakan lebih dari satu warna untuk dapatkan dimensi yang anda inginkan. Contohnya, warna yang lebih gelap untuk kontur bahagian pipi dan sisi hidung anda.

Untuk penghidratan tambahan, lembapkan span sebelum digunakan.

Kita selalu lembapkan Beautyblender sebelum ia digunakan, betul? Anda boleh gunakan teknik yang sama dengan menyembur PIXY Glowwsentials Light Radiance Vitamin-Infused Brightening Mist ataupun PIXY Glowssentials Pollution Off Vitamin-Infused Protecting Mist ke atas span kusyen sebelum ‘blend’ pada wajah anda. Hanya beberapa semburansudah memadai. Jika anda mempunyai kulit kering atau anda inginkan hasil ‘dewy look’, menggunakan teknik untuk hasilnya tampak lembap dan tahan sepanjang hari.

Pastikan span kusyen sentiasa bersih.

Jangan lupa untuk kerap memberikan span kusyen anda pembersihan yang kerap untuk kebersihan yang terjaga dan elakkan jangkitan bakteria pada kulit.