Cara Menggunakan Bedak Asas Sebagai ‘Foundation’

Anda keliru dan tidak pasti dengan pemakaian bedak asas sebagai “foundation”? Jangan risau, anda tidak bersendirian.

Walaupun terdapat pelbagai jenis ‘foundation’ lain di pasaran, memilih jenis bedak asas yang sesuai untuk digunakan dengan cara yang betul agak mengelirukan. Kebanyakan ‘foundation’ adalah dalam bentuk krim dan cecair. Jarang sekali kita jumpa di pasaran ‘foundation’ yang bertekstur bedak. Jangan risau, ‘powder foundation’ juga boleh menghasilkan solekan yang cantik dan sempurna seperti mana-mana asas lain. Kalau belum pernah cuba, dapatkan PIXY Perfect Fit Two Way Cake !

Bagaimana cara penggunaannya?

  • Penyediaan Kulit – Ya, jangan ‘skip’ produk penjagaan kulit anda. Kulit yang lembap akan buat asas solekan yang kelihatan lebih sempurna. Tunggu beberapa minit untuk pelembap muka menyerap sepenuhnya.
  • Gunakan primer – Tidak kira formula ‘foundation’ yang anda gunakan, solekan akan tampak lebih sempurna dan tahan lama sekiranya anda menggunakan primer terlebih dahulu. 

Seterusnya, masa untuk memilih produk anda!

  • Pilih warna yang betul. Ini penting kerana anda perlu memilih warna yang paling hampir dengan warna kulit semula jadi anda untuk solekan tampak lebih natural.
  • Pilih liputan yang lebih nipis atau sederhana. Adalah lebih baik untuk memulakan lebih nipis dan lapiskan untuk mendapat liputan yang memuaskan.

Apakah teknik yang digunakan untuk menggunakan ‘powder foundation’?

  • Teknik kering. Anda boleh menggunakan ‘powder foundation’ dengan cara yang sama seperti anda menggunakan bedak kompak anda. Menggunakan berus atau span yang kering. PIXY 4 Beauty Benefits Perfect Last amatlah sesuai digunakan dengan teknik kering kerana ia memberikan anda kemasan ‘matte’. Best kan? Ia juga sesuai digunakan untuk ‘touch-up’.

  • Teknik basah. Jika anda ingin menggunakan span basah, pastikan anda memerahnya atau keringkan dengan menggunakan tuala atau tisu bersih terlebih dahulu untuk mengeluarkan air yang berlebihan. Ini akan menghalang anda daripada mendapat tekstur yang tidak sekata atau bergaris. Seterusnya, aplikasikan di kawasan yang cenderung untuk berminyak terlebih dahulu — hidung, dagu dan dahi. Dan seterusnya pipi, rahang dan leher anda untuk kemasan yang lengkap. Adalah digalakkan untuk menekan  span secara perlahan dan bukan menyeretnya.

 

Senang bukan?! Akhir sekali,semburkan ‘setting spray’ sekiranya anda perlukannya.