Bagaikan Kulit ‘Kedua’
Solekan asas yang kelihatan seperti kelihatan natural seperti kulit kedua adalah kunci solekan tampak sempurna. Walaupun ramai yang menganggap bahawa produk yang diperlukan hanyalah foundation yang sama tona kulit, tetapi ada beberapa tips lain yang boleh membantu anda mencapai ‘natural look’ yang ada inginkan.
- Penyediaan kulit
Adalah penting untuk prep kulit anda dengan betul. Mulakan dengan muka yang bersih dan lembap. Jika kulit anda kering, asas solekan anda akan bercapuk dan tidak sekata. Gunakan pelembap ringan seperti PIXY’s White Aqua Brightening Moisturizer untuk melembapkan kulit anda dan biarkan ia menyerap selama beberapa minit sebelum anda mula bersolek.
- Memilih produk asas yang tepat
Seterusnya, pilih formula asas yang sesuai untuk jenis kulit anda. Jika anda mempunyai kulit berminyak, dapatkan produk yang berformula bebas minyak atau matte seperti PIXY Make It Glow Techno-Fixed Matte Cushion. Jika anda mempunyai kulit kering, gunakan produk asas yang tidak mengeringkan kulit seperti PIXY Make It Glow Dewy Cushion. Atau jika anda inginkan formula yang ringan, anda juga boleh mencuba PIXY 4 Beauty Benefits BB Cream. Fokus utama adalah untuk menggunakan formula yang bersesuaian dengan kulit anda.
- Kaedah Pemakaian
Sebelum menggunakan foundation anda, gunakan primer seperti PIXY Make It Glow Beauty Skin Primer untuk membantu meratakan kulit dan menutup cela. Kemudian mulakan dengan aplikasi foundation yang nipis terlebih dahulu. Ini akan membantu asas solekan kelihatan bercapuk. Gunakan beauty blender yang lembap untuk kemasan yang kelihatan lebih semula jadi.
- Concealer untuk menutup cela
Jika anda mempunyai mana-mana kawasan yang memerlukan perlindungan tambahan, seperti jeragat atau lingkaran hitam, gunakan concealer PIXY 4 Beauty Benefits Concealing Base dalam rona yang sepadan dengan asas solekan anda. Pastikan untuk ‘blend’ dengan sempurna untuk kemasan natural.
- Set-kan semuanya!
Akhir sekali, tetapkan asas anda dengan PIXY 4 Beauty Benefits Loose Powder. Ini akan membantu asas solekan anda bertahan lebih lama dan mengelakkannya daripada bercapuk dan mengurangkan kilauan kulit berminyak yang tidak diingini.
Anda tidak perlukan asas yang tebal untuk kelihatan natural. Ikuti tip-tip ini untuk dapatkan asas solekan yang kelihatan seperti ‘kulit kedua’ anda.