Adakah Serum & Essence Sama? Langkah Pemakaian Produk Penjagaan Kulit Yang Betul

Kita sering rasa bahawa ‘serum’ dan ‘essence’ itu adalah sama tapi sebenarnya tidak. Mungkin kedua-dua produk ini mempunyai fungsi yang serupa tetapi ada sedikit perbezaan dalam produk-produk ini. Mari kita ketahui dengan lebih lanjut tentang ‘serum’ dan ‘essence’ serta cara untuk selitkan dua produk ini dalam rutin harian anda. 

Apa itu ‘serum’?

Serum adalah produk penjagaan kulit yang digunakan sebelum krim pelembap dan ianya merupakan produk yang mempunyai kepekatan yang tinggi serta bahan-bahan aktif. Kepekatan yang tinggi dalam serum ini dapat membantu untuk memberi hidrasi juga membaiki kulit. Kebiasaannya, serum ini berasaskan cecair dan lebih pekat daripada ‘essence’. Serum wajah ini juga mempunyai banyak manfaat, bergantung kepada jenis kulit.

Mari kita lihat kebaikan serum wajah ini:

  • Meresap dalam kulit dengan cepat
  • Membantu mengurangkan kemerahan di kulit serta kulit yang sensitif
  • Mengurangkan kemunculan garis-garis halus serta kedutan di wajah

Terdapat banyak jenis serum yang boleh didapati di kedai, contohnya ‘serum’ hydrating, antioksidan, anti-penuaan, serta ‘color correcting’. Kesemuanya mempunyai fungsi berbeza jadi anda perlulah memilih ‘serum’ yang sesuai dengan jenis kulit anda. Jika anda mencari ‘serum’ yang boleh mencerahkan serta tona kulit sekata, cubalah PIXY White Aqua Concentrated Brightening Serum. Ia mempunyai niacinamide yang membantu untuk membaik pulih tona kulit dan juga mengurangkan garis halus di muka. Serum ini juga mempunyai agen pelembap yang intensif yang boleh melembapkan muka anda sepanjang hari.

pixy_brightening_serum

PIXY White Aqua Brightening Serum

Apa itu essence?

‘Essence’ merupakan produk yang digunakan selepas toner dan sebelum pelembap wajah. Ia adalah produk yang berasaskan air dan mempunyai bahan-bahan aktif yang boleh merawat masalah kulit anda.  ‘Serum’ dan ‘essence’ mempunyai fungsi yang sama, tetapi berbeza dari segi tekstur. ‘Serum’ mempunyai tekstur yang pekat, manakala ‘essence’ lebih cair. Terdapat banyak jenis ‘essence’ yang boleh didapati di kedai seperti esen hidrasi untuk kulit dehidrasi dan esen pencerah untuk kulit kusam. Bagi wanita yang mahukan ‘essence’ yang boleh mencerahkan serta melembapkan kulit, gunalah PIXY White Aqua Hydra Moist Essence! Ianya terdiri daripada Vitamin C serta Ekstrak Mulberi yang dapat mencerahkan serta memberi kelembapan kepada kulit sepanjang hari.

pixy_hydramoist_essence

PIXY White Aqua Hydrating Essence

Cara mendapatkan kulit licin dengan pemakaian produk penjagaan kulit yang betul

Untuk dapatkan kulit licin, ianya tampak senang, tetapi memerlukan usaha dan tahap kesabaran yang tinggi. Anda perlu tahu jenis kulit, jenis produk yang sesuai, dan juga teknik yang betul semasa menggunakan produk. Jadi, bagaimana cara untuk kita gunakan ‘serum’ dan ‘essence’ ini? 

Langkah pertama, bersihkan wajah anda dengan menggunakan pencuci muka. PIXY White Aqua Gentle Facial Wash amatlah sesuai untuk sesiapa yang mahukan kulit cerah dan lembap. Ia juga mengandungi ekstrak ‘Yam Bean’ yang membantu untuk mencerahkan kulit dan yang paling penting sekali, pencuci muka ini bebas alkohol!

Seterusnya, sapukan toner wajah dan essence ke kulit. Anda boleh gunakan PIXY White Aqua Hydra-Moist Essence yang mempunyai ekstrak Aloe Vera yang boleh memberi kelembapan serta mengurangkan iritasi pada kulit. Produk ini juga sesuai digunakan oleh orang yang mempunyai masalah kulit sensitif dan licin.

Jika anda mahu tampil lebih segar pada waktu pagi, cubalah PIXY White Aqua Concentrated Brightening Serum. Ia mengandungi agen pencerah dan juga merupakan produk berasaskan air, yang boleh meresap dalam kulit dengan lebih cepat. Ia juga mengandungi Vitamin B3 serta Ekstrak Mulberi yang membantu kulit anda untuk tampil lebih sihat dan lembap pada waktu pagi. Akhir sekali, anda boleh gunakan pelembap wajah dan sunscreen sebagai langkah-langkah terakhir sebelum memulakan hari anda!

Sekarang anda dah tahu perbezaan antara ‘serum’, ‘essence’ dan juga cara pengaplikasian dalam rutin harian anda, bukan? Jangan lupa untuk ikut langkah-langkah diatas dan pastikan anda tahu apa yang kulit anda perlukan.