Rutin Skincare untuk dapatkan ‘Glass Skin’
Apa itu ‘Glass Skin’?
Glass Skin ialah istilah untuk kulit yang licin, tona sekata dan berseri sehingga menyerupai rupa kaca yang juga dikenali sebagai ‘dewy skin’. Matlamat untuk kecapi glass skin adalah untuk dapatkan kulit yang lembap, mulus dan berseri tanpa cela.
Walaupun sesetengah trend penjagaan kulit tertumpu pada produk tertentu yang menjanjikan hasil serta-merta, namun, untuk mencapai hasil glass skin memerlukan konsistensi. Bagi mencapai kulit wajah bak artis Korea, impian yang diidamkan ini memerlukan rutin penjagaan kulit yang konsisten dan memerlukan produk-produk seperti pencuci muka, toner, serum, eksfoliasi dan pelembap yang menghidratkan.
Langkah 1: Double Cleanse
Kita semua wajib untuk mempunyai kulit wajah yang bersih kerana ia berkait rapat dengan rutin penjagaan kulit, terutamanya pada waktu malam apabila kulit wajah anda telah terkumpul dengan kotoran, sebum berlebihan dan sisa solekan. Mulakan dengan pembersih berasaskan minyak atau air micellar untuk pembersihan pertama anda, kemudian ikuti dengan pencuci muka berasaskan buih ringan atau pencuci muka berasaskan krim.
Cuba: PIXY Glowssentials Light Radiance Mulberry Infused Micellar Water
Langkah 2: Eksfoliasi
Untuk dapatkan kulit licin dan lembut kita perlu lalui proses eksfoliasi. Sama ada menggunakan eksfoliasi fizikal (seperti kulit walnut yang dihancurkan atau manik jojoba lembut) atau jenis cecair (seperti glikolik atau asid laktik), langkah ini akan menyingkirkan sel-sel kulit mati yang menyebabkan kulit kusam dan menyumbat liang pori. Dua hingga tiga kali seminggu sudah memadai untuk mengelakkan kerengsaan, terutamanya jika anda mempunyai kulit sensitif.
Cuba: PIXY Glowssentials Pollution Off Clay + Scrub Mask
Langkah 3: Menyegarkan
Toner tradisional sering membuatkan kulit menjadi terlalu kering, tetapi terdapat kelainan dalam penjagaan kulit PIXY. Toner kami dirumus dengan bahan-bahan (seperti ekstrak superfruit, vitamin B5 & E) yang menyegarkan dan dapat meningkatkan kelembapan kulit . Bukan sahaja ia dapat memulihkan tahap pH kulit, tetapi ia juga dapat memberikan penghidratan asas dan membolehkan penyerapan ingredien yang berkhasiat dengan lebih baik.
Cuba: PIXY Glowssentials Vitamin Infused Face Mist
Langkah 4: Esen
Esen mempunyai tekstur yang lebih ringan dari serum. Ia dirumus untuk menangani masalah kulit kering dan kemerahan. Ia juga dapat menambah kelembapan dan penghidratan yang lebih tinggi. Esen juga membantu kulit wajah kita menyerap khasiat produk penjagaan kulit dengan lebih efektif.
Cuba: PIXY White Aqua Hydra Moist Essence
Langkah 5: Pelembap
Pelembapan kulit adalah perkara yang tidak boleh diabaikan dalam rutin penjagaan kulit, terutama sekali untuk mencapai ‘glass skin’. Anda perlukan pelembap bertekstur ringan yang dapat memberikan kelembapan maksimum pada kulit. Gunakan pelembap wajah yang mengandungi bahan penghidratan yang tinggi dan kaya dengan antioksidan.
Cuba: PIXY Glowssentials Light Radiance Tone & Bright Cream
Langkah 6: Gunakan SPF (siang hari)
Kulit yang tidak dilindungi daripada sinaran matahari, akan merosakkan rutin ‘glass skin’ anda. Ini kerana tidak kira berapa banyak langkah dalam rejimen penjagaan kulit anda, kulit yang terdedah kepada sinaran UV akan menjadi kusam. Walaupun terdapat perubahan cuaca sepanjang tahun, penggunaan SPF adalah wajib setiap hari.
Cuba: PIXY Glowssentials Pollution Off Sunshield Daily Moisturizer
Rutin mingguan: Sheet Mask
Penggunaan Sheet Mask merupakan cara paling mudah untuk menenangkan kulit, membaiki kerosakan dan mengunci serta meningkatkan kelembapan. Dalam masa 10-20 minit, anda boleh dapati kulit anda lebih lembap, lembut dan sihat. Kami mengesyorkan rutin ini 2-3 kali seminggu.
Cuba: PIXY White Aqua Serum Sheet Mask
Gambar-gambar #glassskin di ‘timeline’ sosial media anda mungkin mendorong anda untuk mengikuti trend kecantikan ini, tetapi anda perlu ingat bahawa tiada jalan pintas untuk mencapai kulit yang sihat dan sempurna. Setiap trend penjagaan kulit ini memerlukan konsistensi dan komitmen terhadap rejimen penjagaan kulit anda.