Solekan Ringan Ketika Ramadan
Seperti yang kita tahu, bulan Ramadhan adalah suci dan adalah lebih baik untuk mengurangkan solekan tebal. Berikut ialah beberapa cara untuk membantu anda tetap kelihatan rapi tanpa menggunakan produk yang banyak.
Rahsia disebalik ‘no-makeup look’ adalah solekan asas yang ringan. Dengan sedikit warna, anda boleh menyamaratakan tona kulit wajah anda. Pilihan kami mestilah PIXY 4 Beauty Benefits BB Cream. Krim BB ini bertekstur ringan, melembapkan dan mengandungi SPF yang sesuai untuk kegunaan harian.
Jika anda mempunyai kulit yang licin terjaga tetapi mempunyai lingkaran gelap bawah mata yang sangat teruk, tambahkan concealer untuk menutup cela itu. Anda hanya memerlukan amaun concealer yang sedikit untuk menutup cela yang tidak diingini dengan PIXY 4 Beauty Benefits Concealing Base.
Jika anda bukan peminat solekan asas cecair, anda boleh gunakan bedak asas PIXY 4 Beauty Benefits Two Way Cake Perfect Last. Ia mempunyai tekstur yang halus dan lembut yang dapat menghasilkan solekan asas yang sempurna. Ia juga membantu meminimumkan penampilan liang pori dan mengandungi SPF30 & PA+++.
Selain itu, untuk naikkan seri wajah anda ialah kemaskan dan penuhi ruang kosong kening anda dengan pensel kening pilihan anda – jauhi warna gelap dan gunakan tona lebih lembut seperti warna coklat. Tona yang disarankan adalah 2 tona lebih cerah daripada warna rambut anda.
Seterusnya, gunakan lip balm untuk memastikan bibir anda kekal terhidrat. Jika tampak pucat, pilih yang berwarna. Lip gloss mungkin terlalu melekit dan berkilat. Jadi pilih salah satu yang sesuai dengan pilihan anda.
Walaupun solekan membantu anda tampil lebih kemas, penjagaaan kulit wajah adalah kunci solekan lebih flawless. Dengan melembapkan kulit, makan secara sihat dan banyak berehat, semakin kurang solekan yang anda perlukan.
Semoga tips ini dapat membantu PIXY beauties untuk kekal segar dan cantik pada Ramadan ini!