Penjagaan Kulit Di Bulan Ramadhan

Salam Ramadan PIXY beauties!

Soalan – Adakah anda mengubah rutin penjagaan kulit anda sepanjang Ramadan? Team PIXY mengubah rutin kami dengan memberi fokus kepada kelembapan kulit. Ini adalah kerana kelembapan kulit anda memerlukan lebih perhatian pada bulan yang mulia ini.

Bagaimanakah puasa menjejaskan penghidratan kulit anda?

Walaupun berpuasa mempunyai banyak manfaat kesihatan dan terbukti dapat mengurangkan risiko daripada penyakit jantung, diabetes dan kanser. Tetapi kekurangan air yang berpanjangan, bagaimanapun, boleh menyebabkan kulit anda dehidrasi dan boleh membuat tekstur kulit menjadi kasar dan kusam.

Adalah dinasihatkan untuk mengekalkan rutin penjagaan kulit untuk kekalkan kelembapan kulit wajah anda. Elakkan asid pengelupasan yang berlebihan dan menggunakan pembersih yang boleh menyebabkan kulit kering.

Produk apa yang digalakkan untuk digunakan ketika berpuasa?

  1. Pembersih muka krim atau gel
    Ia membantu mengurangkan sebum, singkirkan sel-sel kulit mati secara lembut tanpa mengeringkan kulit dan buat ia rasa tegang.Untuk mengelakkan kulit kering, pilih pembersih muka bertekstur krim, gel atau yang berasaskan air. Sebagai contoh, PIXY White Aqua Gentle Facial Wash. Ia adalah pembersih berasaskan air yang mengandungi Ekstrak Pemutihan Semulajadi untuk melembapkan dan mencerahkan kulit. Ia juga mengandungi Ekstrak Kacang Yam yang membantu mencerahkan kulit dan tidak mengandungi alkohol. Jadi, jangan risau tentang wudhu’ dan solat.
  1. Pelembap muka
    Pilih pelembap yang mengandungi humektan – asid hyaluronik, yang merupakan bahan utama untuk melembapkan kulit. Adalah lebih baik jika pelembap muka juga berfungsi sebagai pelindung matahari. Pilihan utama kami pastinya PIXY White Aqua Brightening Moisturizer – pelembap yang dapat mengekalkan kelembapan dan memberi kesegaran pada kulit. Ia mengandungi Natural Whitening Complex IP dan Vitamin E11 untuk mencerahkan kulit. Selain melindungi kulit daripada kekeringan dan radikal bebas, pelembap ini juga bebas alkohol, diuji secara klinikal dan mengandungi SPF 32 PA+++.

  1. Face mist
    Dengan menyembur face mist sepanjang hari membantu mengekalkan kelembapan kulit anda. Pilih yang formula berasaskan air untuk mengelakkan kulit mengering dan mudah menyerap ke dalam kulit. Selain mengandungi agen pelembap face mist juga boleh melindungi solekan sehingga 8 jam pemakaian sama seperti PIXY White Aqua Beauty Protecting Mist. Paling best  tentang produk ini ialah – tanpa alkohol. Maka ia tidak akan membatalkan wudhuk anda jika anda menggunakannya selepas solat!

Apakah tips lain untuk memastikan kulit kekal lembap, sihat dan berseri sepanjang Ramadan?

Hidrat dengan minum air sebanyak 2 litre ketika sahur dan berbuka. Ia membantu menambah kandungan air dalam badan anda dan melembapkan kulit.

Kafein menyerap air dalam badan, adalah digalakkan untuk mengurangkan pengambilan kafein di bulan Ramadan. Jika jerawat anda timbul secara kerap kerana makanan berglisemik tinggi, maka elakkan ini kerana lonjakan glukosa darah (gula) boleh menyebabkan peningkatan pengeluaran sebum (minyak) dan keradangan.

Makanan yang kaya dengan anti-oksida adalah digalakkan kerana ini membantu mengurangkan radang kulit.

Dengan makan makanan yang sihat, tidur yang cukup dan mengikuti tip-tip yang PIXY kongsikan, anda tidak perlu risaukan lagi tentang masalah kulit anda sepanjang Ramadan ini.