Trend Penjagaan Kulit 2023
Tahun baru rutin penjagaan kulit baru? Mestilahhh!
Terdapat banyak faktor penting untuk dipertimbangkan apabila anda ingin mengurangkan produk penjagaan kulit dan fokus kepada produk yang terbaik. Akan tetapi apakah trend penjagaan kulit 2023 yang berbaloi untuk kita ikuti? Mari kita huraikan 4 bahan penjagaan kulit perlu anda dapatkan!
1. Produk pelbagai fungsi
Kami di PIXY amat menyukai produk pelbagai fungsi! Ia bukan sahaja menjimatkan wang, tetapi ia juga membantu anda melangkau beberapa langkah dalam rutin penjagaan kulit. Apakah produk pelbagai fungsi terbaik yang boleh kita masukkan ke dalam rutin penjagaan kulit kita?
Sama seperti jeli petroleum anda yang anda gunakan di seluruh badan anda untuk membantu dengan kekeringan kulit, PIXY Glowssentials Pollution Off All-in-One Gel Moisturizer – pelembap gel pelbagai fungsi juga boleh digunakan pada muka dan seluruh bahagian badan sebagai pelembap atau solek asas. Bukan sahaja ia lembap, malah ia juga kaya dengan Vitamin E, antioksidan dan Ekstrak Kiwi!
Best kan?
2. Penghidratan
Cara paling mudah untuk mendapatkan kulit yang berseri dan sihat adalah dengan memastikan kulit anda lembap dan terhidrat. Tetapi untuk dapatkan produk yang sesuai untuk adalah rumit.
Pertama, ketahui bahawa terdapat perbezaan antara bahan pelembap dan penghidratan. Bahan penghidratan ialah penghidratan—air—ke dalam kulit. Bahan pelembap, sebaliknya, membantu mengunci dan mengekalkan penghidratan kulit.
Dengan PIXY White Aqua Brightening Moisturizer, anda mendapat kebaikan kedua-duanya – melembap dan menghidrat. Ia lengkap dengan Hydra Active yang menghidrat, melembapkan dan menyegarkan kulit anda. Selain itu, ia mengandungi Natural White Complex dengan gabungan Yam Bean Extract dan Vitamin C yang membantu mencerahkan kulit dan mengurangkan jeragat serta tona kulit yang tidak sekata.
3. Provitamin B5
Sebab utama Provitamin B5 digunakan dalam banyak produk kecantikan – ia memberikan hasil kulit yang lembut, anjal dan sihat. Sesuai digabungkan dengan bahan lain,seperti lain asid hyaluronik, gliserin dan ceramide.
Provitamin B5 mengandungi humectant, panthenol yang boleh megekalkan kelembapan dalam kulit. Keupayaannya untuk mengisi ruang antara sel kulit mati bermakna ia juga membantu melembutkan kulit. Oleh itu, PIXY Glowssentials Light Radiance Vitamin Infused Brightening Mist dirumus dengan Provitamin B5 untuk membantu melembapkan dan membekalkan nutrisi untuk kulit anda.
4. SPF
Ramai di antara kita sudah tahu bahawa kita perlukan SPF apabila kita di luar dan sekitar di pantai dan sebagainya. Tetapi jika anda ingin memastikan kulit anda kelihatan berseri dan sihat untuk jangka masa panjang, anda perlu menggunakan pelindung matahari setiap hari. Ini antara sebabnya:
- Melindungi daripada selaran matahari
Tahukah anda cahaya matahari terdiri daripada dua jenis sinaran berbahaya iaitu sinaran UVA dan UVB? Sinaran UVA – sering dikaitkan dengan kerosakan kulit jangka panjang seperti pembentukan kedutan dan juga jeragat. Manakala sinaran UVB bertanggungjawab untuk selaran matahari (sunburn) dan dianggap penyebab kanser kulit. - Mencegah penuaan awal, kedutan dan garis halus
Untuk membantu melambatkan penuaan, kedutan dan garis-garis halus, salah satu produk pencegahan yang paling berkesan ialah pelindung matahari. Pendedahan berpanjangan kepada sinaran UVA menyebabkan kulit anda menua lebih awal dan mengakibatkan kehilangan kolagen dan keanjalan kulit. Kira-kira 90% daripada tanda-tanda penuaan adalah dari sinaran cahaya UV. Dengan memasukkan SPF ke dalam rutin penjagaan kulit harian anda, anda dapat menangkis tanda-tanda awal penuaan tanpa perlu berbelanja besar. - Mencegah jeragat/hiperpigmentasi
Tona yang tidak sekata (jeragat atau hiperpigmentasi) merujuk kepada bahagian kulit yang berubah warna atau menjadi gelap secara bertompok. Ini boleh menjadi dari keturunan, tetapi ia juga boleh disebabkan oleh pendedahan matahari. Kulit bertompok atau bintik-bintik gelap mungkin timbul pada muka, tangan dan bahagian badan lain yang kerap terdedah kepada matahari.
Terdapat cara mudah untuk mengelakkan bintik-bintik gelap (serta selaran matahari, kedutan dan kanser kulit) – dan penyelesaiannya ialah memakai pelindung matahari tanpa mengira cuaca, bukan hanya pada musim panas atau ketika anda berada di luar rumah. Gabungkan rutin penjagaan kulit anda dengan SPF dan PIXY mempunyai produk yang sesuai untuk anda – PIXY Glowssentials Pollution Off Sunshield Daily Moisturizer.
Penggunaan pelindung matahari setiap hari mungkin kelihatan seperti langkah yang tidak penting untuk ditambah pada rejimen penjagaan kulit anda, terutamanya jika anda berulang alik dari kereta ke pejabat anda, tetapi ia adalah penting untuk mengekalkan kesihatan kulit anda.