Solekan Kontur Tanpa Menggunakan Produk Untuk Kontur Kulit Wajah
Kehabisan kontur atau tidak pernah dan tidak tahu macam mana nak gunakan kontur? Jangan risau! Jom ikuti tip di bawah ini untuk dapatkan solekan kontur yang mampu menyerlahkan bentuk wajah anda, dengan menggunakan barangan dari PIXY.
Tip 1: PIXY Perfect Fit Two Way Cake
Gunakan bedak asas PIXY Two Way Cake 1 atau 2 warna lebih gelap daripada warna kulit anda sebagai kontur.
Tip 2: PIXY 4Beauty Benefits Concealing Base
Gunakan PIXY 4Beauty Benefits Concealing Base untuk melukis segitiga dengan hujung jari anda atau berus bermula di bawah mata anda dan berakhir di bahagian di pipi anda. Kemudian, sekatakan untuk kesan “highlight”. Untuk bahagian bawah tulang pipi dan dahi, gunakan ‘concealer’ yang lebih gelap dan sekatakan kearah bawah.
Tip 3: PIXY 4Beauty Benefits Loose Powder
PIXY 4BB Loose Powder pula boleh digunakan pada kawasan yang terdedah terhadap pantulan cahaya, seperti tulang pipi, batang hidung, sudut mata dan bahagian atas bibir. Ratakan hanya dengan menggunakan jari untuk solekan tampak semula jadi.
Tip 4: PIXY Twin Blush
Selain daripada menggunakan kontur, anda juga boleh cuba PIXY Twin Blush untuk membentuk solekan pipi anda. Gunakan pemerah pipi yang lebih gelap di bahagian bawah tulang pipi dan rahang untuk serlahkan bentuk muka anda. Cara aplikasi haruslah secara membulat.
Untuk dapatkan solekan yang kemas dan WOW, anda perlukan pengetahuan, praktis, rutin dan pengalaman. Semoga tip-tip ini dapat membantu!