Apakah Perbezaan di antara bedak Kompak & “Cushion”?
Ramai yang tidak tahu bahawa bedak kompak dan “cushion” mempunyai fungsi yang berbeza. Dengan memahami fungsi kedua-dua produk ini, ia dapat membantu anda menggunakannya dengan lebih baik dan berkesan. Jom PIXY terangkan.
- Apakah Bedak Kompak?
Bedak kompak ialah bedak yang dimampatkan, ringan dan mudah dibawa kemana saja. Bedak kompak biasanya digunakan tanpa dicampur dengan produk lain; walaupun begitu, bedak kompak hanya boleh memberi litupan nipis jika dibanding dengan “cushion”.
a. Untuk Apa Bedak Kompak Digunakan?
Bedak kompak boleh digunakan sebagai solekan asas dan juga sebagai pelengkap solekan anda. Ia juga dapat membuatkan solekan anda tahan lebih lama! Selain itu, bedak kompak amat sesuai bagi yang kulit berminyak. Bedak kompak boleh menyerap lebih minyak kulit, dan mengekalkan solekan ‘matte’ yang anda inginkan.
b. Macam Mana Nak Dapatkan Solekan Yang Sempurna?
Jika anda ingin mencapai solekan yang sempurna, cubalah Two Way Cake Perfect Last PIXY. Teksturnya yang ringan dan lembut bak sutera boleh membantu menutup pori-pori anda. Bedak kompak juga dapat bertahan selama 8 jam! Ia juga mengandungi SPF 30 PA+++ untuk memastikan anda terlindung daripada sinaran UVA dan UVB.
- Apa itu “Cushion”?
Tahukah anda bahawa BB cushion berasal dari Korea? Dewy cushion, berbeza dari bedak kompak, ia dalam bentuk cecair yang berfungsi sebagai asas solekan. Dewy cushion boleh memberikan liputan nipis mahupun tebal untuk asas solek anda. Jika anda mahukan gaya solekan minimal, anda perlu mencubanya!
a. Apakah Fungsi Dewy Cushion?
Bentuk pembungkusannya sama seperti bedak kompak. Ia mudah untuk dibawa ke mana saja berbanding dengan asas solekan yang dibungkus dalam botol. Perbezaan yang paling ketara dari bedak kompak adalah, anda boleh membina litupan yang anda perlukan dengan hanya beberapa aplikasi lapisan Lebih banyak lapisan yang anda gunakan, lebih tebal litupan solekan anda.
Dewy cushion juga merupakan produk yang sesuai untuk individu yang baru berjinak dalam solekan. Oleh itu, dewy cushion boleh menjadi produk permulaan yang baik kerana lebih mudah untuk diaplikasi.
b. Bagaimana Mencapai Solekan Minimal dengan Liputan yang Memadai?
Cuba PIXY’s Dewy Cushion jika anda ingin kelihatan semula jadi dengan litupan yang mencukupi. Dewy cushion ini mempunyai tekstur yang ringan tetapi litupan yang boleh dilapis dan menyembunyikan cela dan menyamaratakan tona kulit. Bahan-bahan yang digunakan untuk Dewy Cushion PIXY, juga dapat membantu memberikan anda glowing yang tampak natural.
Secara ringkas, perbezaan antara bedak kompak dan dewy cushion ialah bedak kompak ialah bedak yang bertujuan untuk menetapkan solekan anda, manakala dewy cushion adalah untuk digunakan sebagai asas solekan. Yang penting, ketahui dan pelajari cara penggunaan kedua-dua produk ini dengan betul untuk hasil solekan yang cantik dan rapi!