5 Sebab Anda Wajib Eksfoliasi Wajah
Kulit anda masih kelihatan kusam dan tidak berseri? Salah satu sebabnya adalah sel kulit mati. Untuk dapatkan kulit yang bersih dan sihat, membersih dan melembap sahaja tidak mencukupi. Salah satu cara yang terbaik untuk atasi masalah kulit kusam adalah untuk gunakan skrub muka.
Apakah Eksfoliasi ataupun skrub muka?
Eksfoliasi ialah proses penyingkiran sel kulit mati yang berlebihan dari lapisan luar kulit anda dengan penggunaan bahan kimia, bahan berbutir atau alat pengelupasan. Walaupun kulit menggantikan sel kulit mati secara semula jadi setiap 30 hari atau lebih, ia tidak berlaku secara menyeluruh. Ini menyebabkan beberapa masalah kulit, termasuk liang pori tersumbat, kulit kering dan mengelupas, dan banyak lagi.
Berikut adalah lima sebab mengapa anda perlu mula berjinak dengan rutin skrub muka:
- Membersihkan pori-pori tersumbat
Salah satu faedah utama skrub muka adalah, ia membantu untuk membersihkan liang pori anda. Jika dibandingkan dengan pembersih muka, skrub dapat membersih secara mendalam ke seluruh liang pori dan membantu menyingkirkan sel kulit mati, lebihan minyak dan kekotoran yang tertinggal pada kulit anda. Sebagai contoh, PIXY’s Clay + Scrub Face Mask mempunyai Bentonite Clay yang membantu menyerap lebihan minyak dan menyingkirkan kulit mati dan kekotoran pada kulit.
- Mencegah Jeragat/Jerawat
Komplikasi kulit berlaku apabila kulit tidak dapat “bernafas” disebabkan oleh pengumpulan minyak, sel kulit mati, dan kotoran yang menyumbat liang pori anda. Dengan menggunakan skrub muka, ia dapat membantu memastikan pori-pori anda bersih dan tidak tersumbat serta mengurangkan jerawat atau jeragat.
- Menyihatkan kulit
Menggunakan skrub muka secara rutin, membolehkan membantu menghasilkan sel-sel kulit baru dan memberikan anda kulit yang berseri dan ‘glowing’. Selain itu, melalui urutan muka ketika menggunakan skrub, ia merangsang aliran darah ke wajah anda. Hasilnya, kulit anda akan kelihatan lebih cerah, dan awet muda!
- Mencegah Solekan Tidak Sekata
Solekan bertompok walaupun dah ‘prep’ kulit? Lebihan sel kulit mati adalah penyumbang utama kepada tekstur kulit yang tidak sekata dan solekan yang bertompok-tompok. Rutin eksfoliasi boleh membantu menanggalkan sel kulit mati dan meratakan tekstur kulit anda dan hasilnya, solekan anda akan menjadi lebih sempurna. Anda tidak perlu berbelanja besar untuk solekan yang mahal, dengan Two Way Cake Perfect Last PIXY dah mencukupi! Ia boleh digunakan sebagai asas solekan atau sebagai sentuhan terakhir yang pada masa yang sama dapat mencerahkan kulit anda.
- Sebagai Langkah Penjagaan Kulit
Tambahkan skrub muka dalam rutin penjagaan kulit anda. Selepas skrub muka, manfaat produk penjagaan wajah dapat menyerap dengan lebih baik dan dapat merawat kulit anda secara lebih menyeluruh. Anda tidak perlu menggunakan skrub muka setiap hari, 2-3 kali seminggu adalah memadai.
Tunggu apa lagi. Jom la mula skrub muka!