5 Punca Masalah Kulit

Apakah 5 punca masalah kulit yang mungkin anda alami?

  1. Jerawat. Ia adalah salah satu masalah kulit yang kebanyakan dari kita alami. Seringkali remaja menganggap hanya mereka mengalami masalah ini, tetapi realitinya ialah akil baligh hanyalah permulaan masalah anda dengan jerawat. Jerawat boleh berkembang atas pelbagai sebab, dan terdapat banyak pilihan rawatan yang boleh membantu mengurangkan masalah jerawat, tanpa mengira usia anda. Ia boleh disebabkan hormon, tekanan, persekitaran yang tercemar atau produk yang tidak bersesuaian.
    Untuk melindungi kulit anda daripada kotoran, habuk dan persekitaran yang tercemar, PIXY Glowssentials Pollution Off amatlah sesuai untuk dicuba. Ia dirumus dengan Ekstrak Kiwi dan kaya dengan vitamin E untuk menenangkan kulit anda dan melindungi kulit anda.
  2. Kulit kering. Terdapat beberapa punca yang menyebabkan kulit kering. Kebiasaannya ialah ekzema. Tetapi kulit kering juga boleh disebabkan oleh cuaca, dan kekurangan cecair dalam diet pemakanan seseorang. Untuk membantu mengurangkan masalah kulit kering seperti ini, rutin penjagaan kulit yang baik boleh membantu buat jangka masa yang panjang. Sebagai contoh, rangkaian PIXY White Aqua disyorkan untuk mereka yang mempunyai jenis kulit kombinasi hingga kering. Ia mengandungi asid hyaluronik dan bahan pelembap lain yang membantu merawat kulit kering.

  1. Jeragat/Bintik Hitam. Pendedahan kulit kepada sinaran UV terlalu banyak tanpa perlindungan boleh menyebabkan jeragat ataupun bintik hitam. Adalah lebih baik untuk melindungi kulit anda dengan produk yang bersesuaian yang kaya dengan Vitamin B3 dan ‘superfruits’ seperti PIXY Glowssentials Light Radiance Tone & Bright Cream. Krim pencerah pelbagai fungsi ini mempunyai kesan pencerahan segera. Ia membantu mencerahkan kulit serta-merta dan natural, menyamarkan bintik-bintik hitam dan parut jerawat supaya tona kulit kelihatan lebih sekata.
  2. ‘Sunburn’. Sama seperti jeragat, ‘sunburn’ juga disebabkan oleh pendedahan berpanjangan kepada sinaran UV. Pemakaian produk pelindung matahari amatlah diperlukan apabila anda menetap di Asia Tenggara. Adalah dinasihatkan untuk menggunakan pelindung matahari dengan SPF 30 dan ke atas walaupun anda berada di dalam rumah. PIXY Glowssentials Pollution Off Sunshield Daily Moisturizer sesuai digunakan sebagai pelembap harian yang melindungi kulit daripada cahaya matahari dan debu yang mencemarkan, seperti habuk, asap dan kotoran.

  1. Liang pori tersumbat. Ini adalah maslah kulit yang akan anda alamai jika anda menggunakan solekan harian. Membersihkan muka menggunakan air micellar dan pencuci muka adalah tidak mencukupi. Kadangkala, sisa solekan cenderung untuk menyumbat pori-pori dan menyebabkan masalah kulit yang lain seperti jerawat dan bintik hitam/putih. Perkara yang boleh anda amalkan sebagai sebahagian daripada rutin mingguan anda ialah menggabungkan masker muka.
  • PIXY Smooth & Bright Peel-off Mask berfungsi untuk menanggalkan sel kulit mati yang tidak diingini dan menanggalkan kotoran, supaya wajah terasa licin, cerah dan berseri.
  • PIXY Clay + Scrub Mask ialah masker 2-dalam-1 yang anda perlukan. Ia dilengkapi dengan skrub semulajadi untuk membersihkan muka secara mendalam daripada minyak berlebihan, debu pencemaran*, dan sel kulit mati hingga ke liang pori untuk kulit licin, cerah dan berseri.

Kini setelah anda memahami dengan lebih baik masalah kulit anda dan cara mengatasinya, masa untuk dapatkan produk yang bersesuaian!