4 Cara Terbaik Dalam Pemilihan Concealer

Ramai lelaki dan wanita gunakan concealer untuk menyembunyikan lingkaran hitam di bawah mata mereka ataupun jeragat di wajah, tetapi akhirnya nampak bercapuk dan terlalu gelap. Kita semua pernah berada di situasi ini, bukan? Bukan itu sahaja, jerawat yang muncul secara tiba-tiba ataupun jeragat yang sukar ditutup boleh membuat seseorang itu ‘moody’. Sama seperti ‘foundation’, pemilihan warna concealer yang betul adalah penting untuk menutup cela di wajah.

Ini adalah empat cara untuk dapatkan warna concealer yang betul:

  1. Memilih warna concealer yang sesuai dengan tona kulit

Memilih warna concealer yang tepat bagi tona kulit anda boleh jadi agak sukar kerana ianya boleh jadi terlalu cerah atau gelap bagi kulit anda. Salah satu daripada langkah untuk memilih warna concealer yang betul adalah dengan mendapatkan warna concealer yang seakan dengan warna foundation anda. Concealer anda sepatutnya sama dengan warna foundation, tetapi dengan sedikit perbezaan nada kulit atau lebih dikenali sebagai ‘undertone’.

Anda mesti tertanya-tanya, “Apakah nada kulit saya?” Senang sahaja, anda boleh letakkan pergelangan tangan ada di bawah cahaya semula jadi dan lihat urat di tangan. Jika urat anda berwarna hijau, anda mungkin mempunyai nada kulit yang hangat. Urat berwarna biru ataupun keunguan menunjukkan anda mempunyai nada kulit yang sejuk. Sekiranya terdapat campuran warna hangat dan sejuk, maka anda mempunyai nada kulit neutral. Setelah anda ketahui nada kulit anda, bolehlah anda mula mencari warna concealer pula.

Cara lain untuk memilih warna concealer yang betul adalah dengan menyapu concealer sepanjang garis rahang dan lihat warna mana yang lebih sesuai dengan tona kulit anda. Kalau nak lakukan cara ini, anda perlu berada di bawah cahaya semula jadi dan pegang cermin anda. 

  1. Untuk menutup cela di wajah

Pertama sekali, anda perlulah meneutralkan celaan di wajah dengan menggunakan ‘color-corrector’. ‘Color-corrector’ ini sering digunakan sebelum concealer, yang berfungsi untuk menyembunyikan cela atau kemerahan dan menjadikan kulit anda tampak lebih ‘natural’. Jika anda mempunyai jerawat yang kemerah-merahan, gunakan corrector berwarna hijau. Untuk menutup bintik-bintik hitam, anda boleh gunakan corrector berwarna kuning.

Selepas color-correct, anda bolehlah gunakan concealer. Kami syorkan PIXY 4 Beauty Benefits Concealing Base untuk menutup jeragat di wajah. Tambahan pula, concealer ini juga mempunyai tekstur yang ringan, membuatkan kulit anda terasa seperti tidak menggunakan apa-apa produk!

Pilih concealer yang 1-2 kali lebih cerah dari warna kulit anda, seterusnya menggunakan concealer yang mempunyai warna sama dengan warna kulit anda. Selepas itu, anda boleh ratakan concealer di wajah.

  1. Untuk lingkaran hitam bawah mata

Meluangkan masa dengan memandang skrin telefon atau komputer riba menyebabkan terjadinya lingkaran hitam bawah mata. Percayalah, semua orang tak suka situasi ini. Jangan risau kerana setiap masalah ada jalan penyelesaian.

Berkait dengan point kami yang kedua, anda boleh memilih corrector berwarna oren untuk menyekatakan tona kulit anda serta warna concealer yang cerah untuk langkah seterusnya. Selepas itu, titikkan corrector dan concealer di bawah mata anda. Ratakan kedua-duanya dengan menggunakan beauty sponge ataupun berus concealer.

  1. Untuk highlighting & contouring

Betul tu, anda boleh guna concealer untuk lakukan solekan highlight & contour! Pada awal artikel, kami sudah berikan tips untuk menyembunyikan masalah kulit dengan menggunakan concealer, sekarang kami nak bantu anda untuk tampak lebih muda dengan hanya satu produk sahaja.

Gunakan warna concealer yang 1-2 kali cerah dari tona kulit anda untuk ‘highlighting’ dan 2-3 kali gelap untuk ‘contouring’. Untuk dapatkan solekan yang lebih ‘lifted’, anda boleh highlight dan contour di kawasan ini: garis rahang, tulang pipi, dahi, dan batang hidung.

Senang bukan nak memilih concealer yang sesuai dengan tona kulit anda? Kalau tiba-tiba ada jerawat muncul, tak mengapa kerana concealer kan ada.