3 Sebab Kenapa Anda Perlu Memakai Pelembap Muka

Pernah tak kulit anda rasa kering, gatal-gatal atau tegang? Adakah kawan-kawan anda pernah menegur yang kulit anda nampak kusam? Jika jawapan anda ya, kulit anda perlukan bantuan. Apabila kulit anda rasa tegang dan kering, ini merupakan tanda-tanda dehidrasi. Sama ada anda mempunyai kulit yang berminyak, kering, mahupun jenis kombinasi, kulit anda masih boleh mempunyai masalah seperti kulit dehidrasi. Mari kita ketahui 4 sebab kenapa anda perlu memakai pelembap muka.

  1. Masalah kulit berkurangan

Pelembap muka dapat mengurangkan iritasi, kulit yang kering, kusam serta masalah jerawat. Cara yang betul untuk mendapatkan kulit wajah yang sihat adalah dengan menggunakan pelembap muka dengan betul. Anda mestilah memakai pelembap muka dengan jumlah yang secukupnya dan tidak berlebihan. Elakkan jumlah yang berlebihan kerana ia boleh menyebabkan liang pori di wajah anda tersumbat lalu mencetus masalah jerawat. Berapa banyak pelembap muka yang anda patut letak? Sebesar 50 sen pun sudah memadai.

  1. Kulit tampak lebih muda dan lembap

Penuaan itu adalah satu perkara biasa dan kita tidak boleh mengelaknya. Walaubagaimanapun, anda boleh kurangkan tanda-tanda penuaan seperti kedutan dan garis halus di wajah dengan menggunakan pelembap wajah atau ‘moisturizer’. Jangan skip ‘moisturizer’ kerana garis-garis halus serta kedutan di wajah anda akan jadi lebih ketara. Anda boleh mula memakai pelembap wajah dari sekarang untuk tampak lebih berseri dan muda!

Selain itu, pelembap wajah juga boleh menutup cela di wajah. Mesti anda terkejut kan? Hal ini kerana ia boleh menjadikan kulit anda tampak “glowing” seterusnya mengurangkan penampakan cela di wajah. Katakan “tidak” kepada garis-garis halus serta kedutan di wajah dengan gel pelembap wajah yang mengandungi pelbagai fungsi! Kami syorkan PIXY Glowssentials Pollution Off All In One Gel Moisturizer yang sangat sesuai untuk cuaca panas dan lembap ini. Bukan itu sahaja, ‘moisturizer’ ini juga mengandungi antioksidan yang melawan radikal bebas seperti pencemaran udara. Kita terdedah dengan udara yang tercemar, jadi wajarlah kita untuk gunakan produk yang boleh melindungi wajah kita dari kerosakan kulit.

  1. Melindungi kulit dari sinar matahari

Ramai orang fikir yang penuaan itu menyebabkan wajah mereka nampak berkedut serta munculnya garis halus. Akan tetapi, mereka lupa akan satu benda iaitu photoaging. Apa itu photoaging? Ianya adalah penuaan pramatang akibat daripada pendedahan kepada sinar UV yang berlebihan. Apabila kulit anda menua dengan kurang matang, ia mengakibatkan proses penuaan berlaku dengan lebih cepat. Anda tidak perlu risau kerana setiap masalah ada penyelesaian, sama seperti kerosakan matahari. Apa yang anda boleh buat untuk elak dari masalah ini? Mari kami bantu!

Tahukan anda terdapat pelembap wajah yang mempunyai kebaikan 2 dalam 1? PIXY Glowssentials Pollution Off Sunshield Daily Moisturizer ini adalah penawar bagi masalah kerosakan matahari! Pelembap wajah harian ini mengandungi Provitamin B5 yang bertindak sebagai antioksidan dan membantu kulit anda kekal lembap. Ia juga mengandungi SPF 32 & PA+++ yang melindungi kulit anda dari sinaran UV.

Akhir kata, pelembap wajah ataupun ‘moisturizer’ ini mempunyai kepentingan yang sama seperti produk penjagaan wajah yang lain. Jangan skip ‘moisturizer’ untuk elak kulit anda dari mempunyai masalah seperti kulit kusam, kering mahupun dehidrasi. Ingat, kulit yang sihat bermula dari anda!