3 Elemen Penting dalam Rutin Asas Penjagaan Kulit

Dalam rutin harian dan aktiviti, ia boleh mengambil masa untuk memberi tumpuan kepada kesihatan kulit anda. Selain itu, terlampau banyak pilihan produk di kedai dan farmasi yang boleh mengelirukan. Produk manakah yang sebenarnya anda perlukan, dan yang manakah boleh anda langkau? Jom PIXY ajarkan tiga langkah penting yang kami percaya perlu menjadi rutin penjagaan kulit asas setiap beauties. Teruskan membaca untuk memahami rutin penjagaan kulit yang mudah tetapi berkesan.

Langkah 1: Membersih
Memilih pembersih muka yang dirumus khusus untuk wajah adalah langkah penting dalam rutin penjagaan kulit asas. Tetapi bagaimana anda memilih yang terbaik?

Banyak produk yang dipasarkan mengandungi bahan seperti manik mikro (microbeads) yang juga berfungsi sebagai bahan exfoliasi, tetapi exfoliasi berlebihan boleh merosakkan kulit anda. Malah, pembersih muka yang kasar boleh merengsakan kulit berjerawat. Dapatkan produk yang tanpa komedogenik, yang bermaksud ia tidak mengandungi bahan penyumbat liang pori seperti  PIXY Glowssentials Light Radiance Soft & Bright Whip Foam; pembersih muka dengan buih lembut yang boleh membersihkan secara mendalam dengan lembut tanpa membuat kulit anda berasa kering.

Fungsi pembersih muka adalah untuk membersihkan sisa solekan, kotoran, minyak dan peluh tanpa menghilangkan bakteria baik dan kelembapan yang diperlukan oleh kulit anda.

Langkah 2: Melembap
Walaupun kulit anda tidak terasa tegang atau kering selepas membersihkan muka, anda harus menggunakan pelembap. Apabila anda menggunakan pelembap muka, anda membantu mengekalkan kelembapan semula jadi kulit, melindunginya daripada kekeringan dan kerengsaan. Petua: pelembap bertindak dengan baik apabila anda sapukan pada kulit yang lembap, jadi sapukannya sejurus selepas pembersihan.

Jangan percayakan mitos umum bahawa orang yang mempunyai kulit berminyak tidak memerlukan pelembap. Malah, jika anda melangkau langkah ini, kulit anda akan terus mengeluarkan minyak yang berlebihan untuk mengekalkan kelembapan kulit anda.

Memilih pelembap yang sesuai dengan kulit anda mungkin memerlukan masa dan percubaan, tetapi terdapat beberapa garis panduan yang boleh membantu anda mendapatkan pelembap yang sesuai:

Seperti pembersih muka, anda boleh melangkau produk yang mengandungi kandungan produk yang panjang. Lebih banyak kandungan di dalam sesuatu pelembap, lebih besar kemungkinan bahan di dalamnya akan merengsakan kulit anda atau menyebabkan jerawat.

Langkah 3: Pelindung UV
Langkah ketiga dan terakhir dalam rutin penjagaan kulit asas yang berkesan ialah pelindung matahari. Lebih banyak pendedahan kulit dengan cahaya matahari, lebih besar risiko anda mendapat kanser kulit, ini termasuklah ketika anda berjalan di antara kereta anda ke kedai runcit, atau duduk di hadapan tingkap. Wajibkan penggunaan pelindung matahari setiap hari, sama ada anda berada di luar sepanjang hari atau tidak, ia adalah cara terbaik untuk mengurangkan risiko anda mendapat kanser kulit.

Selain mencegah kanser kulit, memakai pelindung matahari juga boleh mencegah penuaan pramatang. Sinaran UVA dari matahari tidak menyebabkan selaran matahari (sunburn), tetapi ia meresap jauh ke dalam kulit dan menyebabkan kedutan dan garis halus. Jika anda ingin mengekalkan kulit licin dan awet muda, maka pelindung matahari dengan SPF 30 atau lebih merupakan produk anti-penuaan terbaik yang boleh anda gunakan.

Untuk perlindungan matahari yang mesra poket dan berkesan, anda boleh mendapatkan PIXY Glowssentials Pollution Off Sunshield Daily Moisturizer yang melindungi kulit daripada cahaya matahari dan pencemaran udara, seperti habuk, asap dan kotoran dengan SPF 32 PA+++.

Penjagaan kulit adalah sangat mudah. Anda hanya perlukan menggunakan pembersih, pelembap dan pelindung matahari. Walaupun terdapat banyak produk untuk dipilih, pastikan ia ringkas dan sesuai untuk dijadikan rutin. Jika anda menambah pengguanaan serum ataupun retinoid sebahagian dari rutin penjagaan kulit anda, bina lapisan kulit yang baik sebelum memperkenalkan bahan-bahan yang tinggi kandungan aktif.