Mengapa ramai yang setia dengan PIXY UV Whitening Two Way Cake?
Ikuti pengalaman pengguna PIXY dalam perkongsian serta rahsia mereka terhadap kesetiaan pada produk PIXY. Kami mengucapkan ribuan terima kasih serta sekalung perhargaan kami berikan pada mereka!
Sofia Abbas
Saya Sofia Abbas, pengasas Akademi Kecantikan Artistik Diyana dan saya telah berkecimpung dalam industri kecantikan selama 28 tahun. Saya menggunakan PIXY Two Way Cake bagi setiap sesi fotografi bersama model-model terkenal, malah pelajar di akademi turut menggunakan PIXY Two Way Cake. Di akademi, kami memberikan tunjuk ajar tentang Mekap Harian untuk Siang Hari, Mekap bagi Sesi Fotografi, Mekap Pengantin, Mekap Persembahan/Stage, Mekap Penggambaran serta Mekap bagi Pertunjukan Fesyen. Bedak PIXY sangat fleksibel serta sesuai dengan semua jenis teknik mekap. Apa yang saya sangat kagum adalah kualiti bedak yang tinggi, tahan lama dan dijual dengan harga yang berpatutan. Ini membuatkan ianya mudah untuk dibeli oleh jurusolek artis serta para pelajar kami.
Dyana Sofia
Saya Dyana Sofia, Pengarah Urusan Akademi Kecantikan Artistik Diyana, dan saya telah berkecimpung dalam industri kecantikan sejak 2006. Pengalaman pertama saya sebagai jurusolek artis bagi NTV7 dan Astro. Kualiti PIXY Two Way Cake sangat tinggi, dan dapat digunakan oleh jurusolek artis profesional, pengguna biasa serta para pelajar Akademi. Bagi saya, saya lebih gemar menggunakan ia dengan teknik basahkan span kerana bedak tahan lebih lama. Salah satu kebaikan PIXY adalah walaupun anda berpeluh, mekap masih tahan di wajah, dan memberikan seri pada wajah. Selain itu, saya campurkan Natural Beige (Tona Cerah) bersama Tropical Beige (Tona Gelap) untuk teknik ‘contour’ dan ‘shading’ bagi menyerlahkan bentuk wajah.
Noor Syahifah (Shasha)
Saya Shasha dan saya baru sahaja memulakan karier sebagai eksekutif syarikat perbankan. Sebelum ini, saya tidak pernah menggunakan sebarang bedak kompak. Tetapi, selepas saya mula menyedari kulit wajah rakan saya yang tampak halus serta mulus, saya bertanya kepada beliau “Produk apa yang anda gunakan?”, dan dia beritahu saya “PIXY Two Way Cake”. Saya kemudian membeli dan cuba menggunakannya, terdetik di hati selepas mencubanya pertama kali “Ok, ianya tidak berminyak di wajah, dan tidak memberi sebarang kesan negatif pada wajah”. Rakan-rakan saya yang lain bertanya “Kenapa kulit awak tak gelap walaupun selalu buat aktiviti luar?”. Daripada situ saya tahu yang bedak PIXY telah melindungi kulit saya. Saya sering membawa PIXY Two Way Cake dalam beg tangan, daripada dulu sehingga sekarang saya masih setia dengan PIXY.
Nur Syazwani (Wawa)
Saya Wawa dan saya bekeraja sebagai Konsultan Kewangan Peribadi. Saya sering menggunakan mekap dalam rutin harian, saya juga merupakan seorang model muslimah separuh masa. Saya diperkenalkan dengan PIXY Two Way Cake oleh seorang jurusolek artis, dan beliau berkata bahawa produk ini sesuai dengan semua orang, tidak kira sama ada anda adalah jurusolek artis ataupun pengguna biasa. Pada saya, PIXY Two Way Cake sangat fleksibel untuk digunakan, saya gunakan ia sebagai mekap asas sebelum saya keluar beriadah ataupun sekiranya saya inginkan mekap liputan penuh untuk sesi penggambaran. Walaupun saya cuba gunakan rangkaian produk lain sebelum ini, namun saya tetap kembali memilih PIXY Two Way Cake kerana hasilnya sangat memuaskan serta sangat sesuai dengan wajah saya.
Ellya Nur Ain Ramli
Saya telah menggunakan PIXY sejak berusia 21 tahun, PIXY telah menjadi mekap pilihan saya semenjak 7 tahun lepas. Sekarang, saya menggunakan PIXY BB Cream dalam rutin mekap asas saya. Kualiti bedak PIXY setanding dengan jenama antarabangsa yang lain kerana ianya tahan lama serta menjadikan kulit tampak mulus tanpa cela. Paling penting sekali, PIXY sangat sesuai dengan kulit saya yang jenis berminyak serta ianya tidak memberikan sebarang alahan selepas digunakan. Saya sering dapat pertanyaan tentang produk apa yang saya gunakan, dan jawapan saya sentiasa sama: ianya adalah PIXY.
Nur Nadida Asyilla
Ketika waktu remaja, saya mengalami masalah wajah dengan jerawat serta jeragat di wajah. Saya telah menggunakan pelbagai produk daripada jenis krim sehingga bedak dengan liputan tebal, bagi menutup cela yang saya ada. Namun, saya tidak berpuas hati dengan setiap produk yang saya pernah cuba. Tidak termasuk dengan masalah seperti mekap bercapuk dan cair apabila terkena sinaran matahari, ditambah dengan masalah jerawat yang banyak kerana mekap yang terlalu tebal. Suatu hari, rakan saya menyedari tentang betapa saya mementingkan mekap, dan menyarankan saya untuk menggunakan PIXY, serta meyakinkan saya yang PIXY boleh menyelesaikan masalah saya. Dengan menggunakan span basah serta aplikasi secara sedikit pada wajah, segala cela di wajah dapat ditutup, dan tampak seperti kulit biasa! Sejak daripada itu, saya menggunakan PIXY dan sekarang, telah masuk 9 tahun lamanya saya bergelar pengguna PIXY. Penggunaan produk secara konsisten telah membaikpulih kulit wajah, dan tidak ada lagi masalah jeragat. Terima kasih PIXY!
Nur Fatin Alya
Saya telah menggunakan bedak PIXY semenjak zaman sekolah lagi. Ibu saya telah memperkenalkan saya dengan produk PIXY. Semenjak saya mula bekerja, saya tetap menggunakan PIXY. Ianya sangat sesuai dengan wajah saya, dan mekap tahan lama daripada pagi sehingga malam. Malah, liputan mekap pada wajah tidak bercapuk, serta menutup cela (bintik-bintik merah) di kawasan hidung saya. Saya gemar menggunakan bedak dengan teknik span basah. Mekap tahan lebih lama! Wajah saya juga kelihatan mulus tanpa cela. Hehe. Bedak kompak PIXY juga boleh bertahan selama 6 bulan sebelum saya perlu membeli yang baharu, bermaksud saya tidak perlu membazir untuk membeli setiap bulan. Saya juga pernah lihat jurusolek artis menggunakan PIXY sewaktu perkahwinan sepupu saya! Saya akan sentiasa menggunakan PIXY Two Way Cake.
HAKCIPTA TERPELIHARA 2021 @ PIXY COSMETICS