Terma & Syarat
Mohon Baca Sebelum Menggunakan Laman Ini Sebelum menggunakan laman yang diselia oleh Mandom Malaysia Sdn. Bhd. (“Mandom Malaysia”), mohon baca Polisi Laman dan gunakan laman ini selepas anda bersetuju dengan terma penggunaan yang dinyatakan. Jika anda sudah mengakses laman ini, kami menganggap anda sudah bersetuju dengan semua syarat yang ditetapkan di Polisi Laman. Jika terdapat bantahan terhadap sesuatu syarat, mohon hentikan akses serta-merta.
1. Hak Cipta
Hakcipta kandungan yang dimuatkan dan bahan yang dilesenkan dalam laman ini adalah milik Mandom Malaysia. Pengangkses laman ini dibenarkan menggunakan bahan dari laman ini untuk tujuan peribadi seperti yang diluluskan oleh Undang-Undang Hakcipta; tetapi, mereka dilarang melangkaui batas undang-undang untuk mengguna, memindah, atau menyalin kandungan tanpa izin atau menyalahi hakcipta lain.
2. Tanda Dagangan
Tanda dagangan dan tanda servis yang dibawa oleh laman ini adalah milik Mandom Malaysia atau syarikat bersekutu Mandom Malaysia, atau digunakan dibawah kuatkuasa yang betul seperti perlesenan. Tanda dagangan dan tanda servis ini adalah dilarang digunakan tanpa kebenaran.
3. Aktiviti Yang Dilarang
Pengakses tidak boleh menggunakan laman ini dengan apa jua cara yang boleh merosakkan, melumpuhkan, terlalu membebani atau menjejaskan laman dan rangkaian yang terkait dengannya, atau mengganggu penggunaan dan pemanfaatan laman ini oleh mana-mana pihak lain. Pengakses tidak boleh mendapatkan maklumat atau cuba untuk mendapatkan maklumat atau bahan rujukan selain daripada yang dibenarkan melalui laman dan cara lain selain yang tersedia oleh laman.
4. Penafian
Mandom Malaysia tidak akan bertanggungjawab atau bertanggungan, secara langsung atau tidak langsung, terhadap apa-apa kerosakan atau kerugian yang disebabkan atau didakwa disebabkan oleh atau berhubung dengan penggunaan atau pergantungan terhadap apa-apa kandungan yang terdapat dalam laman ini. Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah subjek yang boleh diubah tanpa notis dan operasi lama ini boleh digantung sementara atau dihentikan. Kami memohon maaf atas segala kesulitan.
5. Undang-Undang dan Bidang Kuasa Mahkamah
Penggunaan anda terhadap laman web ini adalah dikawal oleh undang-undang Malaysia dan anda bersetuju untuk mematuhi bidang kuasa tidak eksklusif Mahkamah Malaysia berhubung segala percanggahan yang wujud akibat akses dan penggunaan anda.
HAKCIPTA TERPELIHARA 2021 @ PIXY COSMETICS