5 min Read

Era Clean Girl

Makeup tebal dan cakey? Kita rehatkan kulit sekejap. Dah 2026 ni, aesthetic “Clean Girl” bukan sekadar buat comeback, look ni dah evolve jadi lebih realistik.

Kita kini bernafas dalam era skinmalism, di mana fokusnya adalah pada kulit yang nampak halus, berseri dengan kemasan semi-matte, sihat dan lembap — tanpa kelihatan berminyak dan bak kata orang, natural je.

Ini, seni mempermudahkan rutin anda dengan hanya beberapa produk. Tak perlu guna primer, foundation dan produk complexion lain berlapis-lapis. Sebaliknya, pilih formula ringan yang membolehkan kulit semula jadi anda bebas menyerlah.

01

Kurang Itu Lebih Baik

Rahsia terbesar Clean Girl? Kulit anda tidak perlu kelihatan sempurna; ia hanya perlu kelihatan sihat.

Daripada menggunakan primer berat yang boleh membuatkan kulit terasa tebal dan mula berminyak menjelang tengah hari, pilih pelembap berasaskan air yang ringan.

Vibe-nya: Nampak plump dan segar, bukan licin berminyak.

Pro-Tip: Biarkan skincare meresap selama tepat dua minit sebelum beralih ke langkah seterusnya. Ini membantu mengelakkan base lari atau start cakey sebelum tengah hari.

Kulit anda tetapi lebih baik


Ikuti panduan langkah demi langkah untuk mendapatkan glow “kulit anda tetapi lebih baik” dengan MVP minimalis kita: PIXY Airy Serum Skin Tint.

02

Buang Base Berat, Ganti dengan Tint Mesra Kulit.

Skip foundation tradisional, primer berat, dan serum tambahan. PIXY Airy Serum Skin Tint PIXY Airy Serum Skin Tint ialah hybrid multitasking yang menggantikan semuanya dalam satu sapuan!

Formula ultra-ringannya memberikan sheer coverage yang boleh dibina, bermakna anda boleh kekal natural untuk pemakaian harian atau lapiskan di tempat yang anda perlukan coverage lebih.

Hasilnya? 

Kulit kelihatan:

  • Lebih sekata
  • Segar dan breathable
  • Berseri secara semula jadi
  • Seperti kulit anda, cuma makin cantik.

03

Bina Glow Anda

Rahsia makeup yang nampak natural ialah tahu di mana perlu tambah coverage.

Tak perlu sapu tebal-tebal di seluruh muka. Mulakan dengan sedikit produk dan blend rata ke seluruh muka. Tambah satu lagi lapisan hanya di bahagian yang perlukan lebih coverage.

Teknik ini mencipta hasil soft-focus yang membuatkan kulit nampak lebih halus je secara semula jadi, kulit tak nampak flat!

04

Capai Finishing Semi-Matte Soft-Focus

Kulit Clean Girl yang sempurna berada di tengah-tengah antara matte dan dewy. Terlalu matte boleh membuatkan kulit nampak flat, manakala terlalu glow boleh buat kulit kelihatan berminyak pulak.

Jawapannya? Seri semi-matte — kulit yang nampak dewy, fresh dan seimbang.

PIXY Airy Serum Skin Tint membantu mencipta kemasan ini dengan tekstur ringan yang menjadikan kulit nampak licin secara semula jadi tanpa rasa berat.

05

Skinmalism, Permudahkan Rutin.


Kini, rutin kecantikan pun makin ringkas dan praktikal. Apa yang anda perlukan ialah produk yang boleh buat multitasking cun-cun.
Dengan PIXY Airy Serum Skin Tint, anda boleh memudahkan rutin dengan menggabungkan beberapa manfaat complexion dalam satu produk.


Ia berfungsi sebagai:

✔ Base ringan

✔ Litupan natural

✔ Seri untuk setiap hari

Trending Now