5 min Read

Renaissance Jadi Idaman

Klasik tak pernah lapuk. Trend blush Renaissance bawa kembali seri romantik dengan kemasan soft-focus — lembut dan bersinar — macam keluar straight dari potret klasik!

Ada sebab kenapa ramai terpegun dengan kecantikan era Renaissance — kulit yang nampak bercahaya, pipi merona, kemasan baldu dan rona yang lembut. Bayangkan wajah yang sentiasa kena dengan cahaya yang cantik, dengan setiap lapisan warna membaur perlahan untuk hasil yang halus, dreamy dan ethereal.

Rahsianya?
Rahasianya terletak pada base. Asas yang licin dan lembap membantu setiap lapisan makeup blend dengan elok, supaya hasilnya nampak sebati pada kulit, bukannya tebal atau bertompok di permukaan.

Dengan koleksi PIXY Airy Base, 
anda boleh dapatkan kembali seri ala Renaissance dalam versi yang lebih segar, ringan dan sesuai untuk setiap hari.

Nak dapatkan look ini?

01

Kanvas Sempurna

Sebelum melukis, pelukis kena sediakan primer untuk kanvas dulu. Sama lah macam makeup!

Langkah pertama untuk dapatkan kulit yang lembut dan romantik ialah PIXY Airy Hydra-Blur Primer — keperluan penjagaan kulit dan makeup, untuk menghasilkan asas yang smooth.

Teknik: Sapukan primer sebesar kacang di tengah muka, kemudian blend ke arah luar. Fokuskan pada kawasan yang anda mahukan lebih licin, seperti sekitar pipi dan zon-T, untuk mendapatkan efek potret yang dreamy.

Kenapa Berkesan: Primer ini membantu menghasilkan asas yang licin dan lembap. Bila kulit dah di-prepped dengan baik, produk seterusnya lebih mudah sebati dengan kulit, jadi hasilnya nampak licin dan hampir macam pakai filter — diinspirasikan daripada karya seni Renaissance.

02

Glow Ala Primadona Renaissance

Potret Renaissance terkenal dengan kulit yang bercahaya, seolah-olah disinari cahaya lilin. Bukan glow yang nampak berkilat, tapi seri semula jadi yang seolah-olah datang dari dalam kulit.

PIXY Airy Serum Cushion Glow menjadi langkah seterusnya untuk menyempurnakan “kanvas” kulit, dengan kemasan ringan dan bercahaya yang menyerlahkan seri semula jadinya.

Teknik: Dab-dab cushion dalam lapisan nipis dan tambah coverage hanya pada bahagian yang diperlukan. Cara ini bantu kekalkan kemasan natural sambil kulit masih nampak berdimensi.

Pro-tip: Tak perlu tebal-tebal untuk nampak sempurna, primadona! Lapisan nipis dan lembut buat hasilnya lebih natural, macam kulit sendiri.

03

Cantiknya, Pipi Merona!

Ciri khas trend blush Renaissance ialah pipi — lembut, kemerahan, dan naturally flushed.

Teknik: Sapukan blush kegemaran anda terus ke pipi anda dan ratakan sedikit ke bawah dan ke luar dalam bentuk yang lembut dan bulat.

Blend sedikit pada batang hidung dan tepat di bawah tulang kening. Ini bantu satukan rona pada seluruh muka, macam palet warna yang digunakan pelukis klasik untuk melengkapkan sebuah potret.

04

Kemasan Akhir Karya

Rahsia terakhir? Kemasan soft-focus yang dreamy.

PIXY Airy Blur Fit Loose Powder bukan sekadar untuk set makeup — membantu blur dan meratakan rona merah di pipi untuk hasil yang lebih dreamy.

Teknik: Celupkan berus gebu atau puff bedak ke dalam loose powder, ketuk bedak lebihan, kemudian tekan perlahan pada blush dan bahagian tengah muka.

Mengapa Ia Berkesan: Bedak ini bantu diffuse warna blush supaya nampak lebih lembut dan sebati. Zarah mikro dalam bedak mencipta ilusi soft-focus yang melembutkan keseluruhan look — macam sapuan warna pada potret Renaissance.

Aesthetic Renaissance membawa sentuhan romantik potret klasik ke dalam rutin kecantikan moden. Lapiskan formula secara ringan untuk meniru teknik lukisan klasik, dan hasilkan look yang lembut, romantik dengan cahaya semula jadi yang menyerlah seperti sebuah karya agung.

Trending Now