5 min Read

Macam Makeup,
Mesti Natural.

Kalau FYP TikTok awak semua dibanjiri tutorial “glazed skin” dan “clean girl”, mesti dah tahu — sekarang ni minimalisme, atau Skinimalism, dah buat comeback dan nampaknya akan terus kekal.

Beauty baddies pun dah mula tinggalkan lapisan makeup yang tebal dan cakey untuk dapatkan glow natural macam “I memang bangun rupa gini.”

Rahasianya?
Yang bestnya, anda tak perlukan rutin 15 langkah untuk dapatkan look ni. Ini rutin makeup 2 langkah untuk look yang barely there tapi tetap glowing.

01

Base Lembap, Hasilkan Makeup Mantap.

Langkah ini mencipta kanvas yang lembap dan plump yang mengunci hidrasi skincare berterusan sepanjang hari, memastikan kulit anda tidak pernah kelihatan kering atau mengelupas.

Lembapkan Kulit: Mulakan dengan serum hyaluronic acid yang ringan atau pelembap yang berasaskan gel.

Biar Kulit Kekal Segar: Sapukan SPF yang glowy untuk memberikan kulit anda kemasan semula jadi, nampak fresh dan bersinar.

02

Hack Airy Stay Two Way Cake yang Ringan

Prep kulit sudah, kulit glowing pun sudah. Sekarang, perkenalkan bintang utama — PIXY Airy Stay Two Way Cake. Tak perlu foundation tebal-tebal yang nipis-nipiskan poket dah! 

Produk dengan formula dua cara ni sesuai untuk apa-apa look — daripada barely-there waktu pagi hingga coverage lebih tinggi bila nak keluar malam.

Kering atau Lembap: Nak natural untuk hari biasa atau nak lebih coverage bila ada event; dua-dua boleh!

Vibe Pagi: Untuk Gaya Natural

Nak keluar rumah waktu pagi, kita dab nipis-nipis je. Yang penting, bagi kulit bernafas. Gunakan sponge kering untuk hasil yang ringan dengan kesan natural blur. Ini membantu meratakan tona kulit tanpa menutup kulit sebenar anda, jadi freckles, tekstur semula jadi dan glow masih terserlah.

Vibe Malam: Untuk Gaya Buildable

Tak perlu layer macam-macam produk sepanjang hari. Terus tambah coverage dengan Airy Stay Two Way Cake tanpa risau makeup jadi tebal atau cakey.

Basahkan beauty sponge dengan air atau hydrating setting spray. Tekan sponge lembap ke dalam Airy Stay Two Way Cake, kemudian tap perlahan pada kulit.

Fokus pada bahagian yang perlukan lebih coverage, seperti kemerahan di sekitar hidung atau bayang bawah mata.

Sama ada anda nak glazed skin, clean girl, soft blur atau versi anda sendiri — “Nampak lawa kan, tak lama pun nak bersiap” — matlamatnya tetap sama: enhance, jangan sembunyikan.

Kenapa Compact Dua Cara, 

Konfem Menjadi.


Makeup tak semestinya tebal-tebal baru nampak flawless. Kadang-kadang, kena ikut masa dan tempat je — coverage pun macam tu juga.

Dengan satu produk, anda boleh mula dengan sapuan kering untuk look yang ringan dan natural. Bila nak tambah coverage, tukar je kepada sponge lembap. Tak perlu tambah produk, tak perlu mula dari awal.

Pagi-pagi, sapu PIXY Airy Stay Two Way Cake dengan sponge kering untuk kemasan soft-focus yang barely there dan membiarkan kulit bernafas. Bila dah masuk waktu petang atau rancangan dah level up, tukar kepada sponge lembap untuk bina coverage yang lebih tinggi — tetap seamless, tetap natural, tak overdone. Sebab makeup sepatutnya ikut jadual anda, bukan sebaliknya.

Satu compact.
Dua cara, dua gaya. 

Dari pagi sampai malam.

Trending Now