5 min Read

Serlahkan Serimu

Kita dah terlalu lama kejar kulit yang kononnya kena licin tanpa pori, berkilat macam kaca, sampai nampak macam hasil AI. Sekarang, bila standard kecantikan makin tak realistik, kita mula rindukan kecantikan yang asli.

Selamat datang ke Era Bebas Filter — masa untuk biarkan kulit awak semua bernafas dan tampil dengan seri semula jadi. Pori, freckles, tekstur — inilah kulit sebenar yang kita patut raikan.

Dah bersedia nak serlahkan makeup yang photoshoot-ready?
Ini 3 langkahnya.

Temui duo PIXY yang memang ngam untuk gaya ini: PIXY Airy Serum Skin Tint dan PIXY Airy Blur Fit Loose Powder. Kedua-dua produk ni, membantu hasilkan base yang lebih kena dengan kulit sendiri — cukup untuk menyerlahkan kulit sebenar. 

Nak jadikan kulit sebagai main character? Dua produk ni dah cukup untuk mula.

01

Hidup Bebas-Filter, Serlahkan Seri!

Tak perlu tutup setiap inci kulit. Untuk look ini, biar base ikut kulit, bukan menutup apa yang unik pada kulit kita. Kulit masih kulit — cuma nampak lebih smooth, segar dan berseri. PIXY Airy Serum Skin Tint datang dengan coverage ringan yang boleh dibina ikut keperluan.

Base Kulit Sendiri: Formulanya membiarkan tona dan tekstur kulit sebenar kekal terserlah, sambil meratakan apa yang perlu tanpa menutup semuanya.

Diperkaya Serum: Teksturnya diformulasikan dengan penjagaan kulit, jadi senang je sebati dengan kulit. Memang cair, segar dan berseri bila dipakai

Kulit Sendiri: Cuma Lagi Menyerlah: Bantu ratakan kemerahan dan kurangkan rupa kusam, sambil mengekalkan keunikan kulit anda.


02

Set Untuk Bersinar

Kita semua pernah pakai bedak yang mula-mula nampak cantik, lima minit kemudian, bertukar jadi kelabu asap. PIXY Airy Blur Fit Loose Powder bantu set makeup sambil melembutkan rupa pori dan ketidaksempurnaan, tanpa menutup karakter kulit. Fikirkan blur kamera, bukan Photoshop.

Set Tanpa Rasa Berat: Kunci Airy Serum Skin Tint tanpa menutup seri semula jadi kulit.

Kaburkan, Jangan Hilangkan: Efek soft-blur bantu lembutkan rupa ketidaksempurnaan dan menyebarkan cahaya yang terlalu keras — macam ada filter soft-focus, tapi kulit masih nampak asli.

Tak Perlu Risau Flashback: Partikel bedak yang sangat halus terasa ringan pada kulit dan membantu elakkan kemasan yang kering, kusam atau berdebu.

03

Warna Bersesuaian

Rambut sama hitam, kulit orang lain-lain – takpa, Pixy sediakan untuk semua. 


PIXY Airy Blur Fit Loose Powder hadir dalam tiga pilihan warna untuk dipadankan dengan Airy Serum Skin Tint. Bila rona bedak kena dengan kulit, hasilnya lebih sebati dan tak nampak macam ada lapisan bedak yang duduk atas muka.

Fair Beige: Untuk kulit cerah dengan cool undertone. Bagi hasil yang lebih cerah, segar dan bermaya.

Light Vanilla: Untuk kulit cerah hingga sederhana, dengan tona yang seimbang supaya mudah blend dengan base.

Neutral Warm: Untuk golden dan olive undertone. Tambah sedikit kehangatan tanpa buat kulit nampak kusam atau oren.

04

Dua Langkah, Base Ikut Kulit.

Gabungkan PIXY Airy Serum Skin Tint dengan Airy Blur Fit Loose Powder untuk dapatkan base yang ringan, breathable dan nampak macam kulit sendiri. 

Tint biarkan tona kulit sebenar terserlah, manakala bedak membantu blur dan set makeup supaya semuanya kekal kemas tanpa menutup hasil semula jadi kulit.

Titisan Tint: Goncang Airy Serum Tint anda dan sapukan 2–3 titis terus ke wajah. Ratakan dengan jari atau span kecantikan lembap. Biar formulanya sebati dengan kulit untuk hasil yang segar dan berseri.

The Cloud Pouf: Ketuk sedikit Airy Blur Fit Loose Powder ke dalam penutup. Gunakan berus gebu atau pouf bedak untuk menekap pada zon-T, bawah mata dan bahagian yang mudah berminyak.


05

Bebas Dengan Kulit Sendiri? Terbaiklah, Cantik!

Trend kecantikan boleh berubah bila-bila masa. Tapi kulit sebenar tak perlu ikut trend.
Era Bebas Filter bukan bermaksud kita buang makeup. Kita cuma dah tak pakai makeup untuk menyembunyikan diri. Pakai untuk menyerlahkan apa yang memang dah ada.

Dengan duo PIXY Airy, anda boleh tentukan sendiri coverage, blur bahagian perlu dan tetap biarkan kulit sebenar terserlah.

Tak perlu filter. Tak perlu edit. Kulit sendiri pun dah cukup!

Trending Now