Mandom Malaysia Sdn. Bhd. ("Syarikat") berikrar untuk mentaati dengan tegas terhadap undang-undang dan peraturan berkait dengan perlindungan maklumat peribadi sebagai cara untuk mempromosikan "Kod Kelakuan" yang diamalkan Syarikat. Bagi memastikan keselamatan dan keselesaan terhadap pelanggan, Syarikat berpegang teguh dengan kepercayaan menjaga maklumat peribadi pelanggan adalah tanggungjawab sosial serta menjadi asas kepada segala aktiviti bisnes. Maka dengan itu, Syarikat mengamalkan dan mematuhi Polisi Privasi.

1. Sistem Privasi
Maklumat peribadi pelanggan adalah dianggap sebagai aset penting oleh Syarikat. Syarikat menyusun sistem Polisi Privasi dan mengimplemen perlindungan maklumat peribadi dan melatih kakitangan tentang privasi di bawah seliaan pegawai yang bertanggungjawab terhadap perlindungan maklumat peribadi.

2. Pengendalian Maklumat Peribadi
Untuk menguruskan maklumat peribadi dengan betul, Syarikat mematuhi syarat-syarat untuk mengumpul, menggunakan dan menyerahkan pengendalian maklumat peribadi kepada pihak lain. Pelupusan maklumat peribadi juga akan dikendalikan dengan betul.

3. Tujuan Penggunaan
Syarikat menggunakan maklumat peribadi terhad kepada terma perjanjian yang diperolehi ketika mengadakan kaji selidik, pengedaran sampel, peraduan, servis emel, katalog jualan serta menerima pelbagai konsultasi daripada pelanggan. Ketika mengumpul maklumat, tujuan penggunaan setiap maklumat dinyatakan dengan sejelas mungkin dan skop setiap maklumat tidak melebihi seperti yang diperlukan. Sekiranya wujud keperluan untuk menggunakan maklumat peribadi lebih daripada tujuan asal, Syarikat akan memaklumkan pelanggan dan memperolehi keizinan pelanggan tentang tujuan baru ini.

4.Perkongsian Penggunaan
Syarikat akan berkongsi maklumat-maklumat peribadi berikut dengan anak-anak syarikat:
Butiran data peribadi yang dikongsi:
1. Nama, alamat, nombor telefon, alamat emel, rekod pembelian produk.
2. Tujuan kaji selidik, pemantauan produk, pengumuman kempen, pengambilan produk/hadiah
3. Nama-nama individu atau perbadanan yang bertanggungjawab atas pengurusan maklumat peribadi Mandom Malaysia Sdn Bhd.

5. Pendedahan/Pembekalan Maklumat Peribadi
Syarikat tidak akan mendedahkan/membekalkan maklumat peribadi pelanggan kepada pihak lain tanpa keizinan pelanggan yang terlibat, melainkan terdapat situasi khas seperti tanggungjawab undang-undang untuk pendedahan.

6. Keselamatan
Syarikat mengamalkan langkah-langkah keselamatan yang sesuai untuk mempertahankan maklumat peribadi pelanggan dan mencegah akses haram, kerugian, kerosakan, kegangguan atau kebocoran maklumat peribadi. Tentang hal akses kepada pengkalan data maklumat peribadi, Syarikat menghadkan bilangan kakitangan yang mempunyai kuasa akses dan mengambil langkah tegas untuk mencegah penggunaan haram maklumat peribadi oleh kakitangan Syarikat dan juga agen-agen luar. Sekiranya terdapat sebarang masalah timbul, Syarikat akan mengambil tindakan pemulihan dengan segera.

7. Permohonan Mengenai Maklumat Peribadi daripada Pelanggan
Permohonan daripada pelanggan untuk melihat, membuat pembetulan, menghapuskan dan mengambil sebarang tindakan terhadap maklumat peribadi mereka akan diuruskan mengikut kesesuaian oleh tim sokongan Syarikat. Namun begitu, untuk mencegah kebocoran maklumat kepada pihak lain, permintaan akan dikendalikan apabila Syarikat boleh mengesahkan identiti pelanggan.

8. Maklumat Peribadi Anak Bawah Umur
Syarikat menyediakan perlindungan yang sama terhadap maklumat peribadi anak bawah umur seperti orang dewasa. Namun, dengan syarat, keizinan ibu bapa perlu diperolehi sekiranya perlu.

9. Kenyataan Polisi
Syarikat menyetujui dengan patuh terhadap undang-undang dan peraturan, dan sebarang syarat-syarat yang relevan demi melindungi maklumat peribadi, dan mengusahakan secara berterusan penyusunan semula sistem pengurusan, termasuk polisi (termasuk Polisi Privasi), organisasi, perancangan, implementasi, pemeriksaan dan kajian yang ada untuk melindungi maklumat peribadi.